99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Seru Kerjasama Antarabangsa Dorong Penggunaan Tenaga Nuklear

(CRI)Rabu 28 September 2022

Semua pihak dikehendaki bersatu padu dan bekerjasama untuk bersama-sama mempromosikan penggunaan tenaga nuklear dan teknologi nuklear, serta mencegah dan menangani risiko dan cabaran yang sedang dihadapi.

Demikian dinyatakan oleh wakil China Wang Chang dalam sesi perbahasan umum Persidangan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ke-66 pada 27 September.

Ketika menyeru memperjuangkan matlamat bersama "penggunaan tenaga nuklear untuk tujuan kedamaian dan pembangunan", Wang memetik arahan Presiden China Xi Jinping sebagai berkata "pembangunan adalah tema abadi masyarakat manusia". Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, IAEA di bawah pimpinan Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi, telah berusaha meningkatkan peranan teknologi nuklear dalam pembangunan sosioekonomi, mengukuhkan rangka kerja undang-undang untuk memastikan keselamatan terjamin dalam penggunaan tenaga nuklear, dan membantu khalayak ramai memupuk keyakinan terhadap keselamatan nuklear. 

Wang berkata, China menghargai usaha IAEA dalam menggalakkan pembangunan tenaga nuklear dan meningkatkan tahap keselamatannya.

Beliau juga menegaskan bahawa China komited untuk membina sistem tenaga yang bersih, rendah karbon, selamat dan berkecekapan tinggi pada zaman moden ini, mengutamakan penggunaan tenaga nuklear dalam memperjuangkan matlamat mencapai kemuncak pelepasan karbon dan peneutralan karbon, dan berdasarkan kelebihan milik sendiri dalam bidang teknologi nuklear mendorong kerjasama antarabangsa dalam menangani isu-isu global seperti keselamatan bijirin, kesihatan serta sanitasi dan tadbir urus alam sekitar

Gaya Hidup