99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China di Kedudukan ke-11 Indeks Inovasi Global

(CRI)Jumaat 30 September 2022

China terus menunjukkan prestasi mantap dari segi daya inovasi apabila Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) meletakkannya di kedudukan ke-11 bagi Indeks Inovasi Global (GII) 2022.

Ketua Pengarah WIPO, Daren Tang berkata prestasi cemerlang itu hasil daripada usaha konsisten dilakukan China dalam bidang harta intelek.

"Sepuluh tahun lalu, China berada di tempat ke-34 dan kini antara yang menduduki ranking teratas dalam indeks inovasi.

"Pencapaian itu menggambarkan kesungguhan kerajaan China dalam memantapkan inovasi sebagai enjin pertumbuhan," katanya.

Beliau menyatakan kerajaan China amat mementingkan harta intelek, dan mempunyai rancangan strategik yang mampu menyelaraskan kerja penggubalan dasar berkenaan dengan elemen pembangunan lain.

"Pembentukan ekosistem inovasi menerusi pendekatan holistik juga antara resipi kejayaan China,”tambah Tang.

Penyunting laporan GII, Sacha Wunsch-Vincent pula berkata nilai jenama syarikat tradisional dan syarikat baru muncul di China terus meningkat susulan pertambahan peruntukan terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Menurut laporan GII 2022 yang disiarkan pada Khamis, Switzerland, Amerika Syarikat (AS), Sweden, United Kingdom (UK) dan Belanda berada di kedudukan lima tempat teratas, manakala entiti ekonomi baru muncul mengekalkan prestasi kukuh dalam bidang inovasi.

Gaya Hidup