99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China: Hidup secara Hijau, Bina dan Kongsi Bersama

(CRI)Isnin 07 November 2022

Satu mesyuarat komponen bertemakan "Hidup secara Hijau, Bina dan Kongsi Bersama – Galakkan Khalayak Ramai Melibatkan Diri dalam Tindakan Hijau" telah diadakan di Ruangan China pada Ahad sempena Persidangan Pemeterai Ke-27 (COP27) Konvensyen Kerangka Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Perubahan Iklim (UNFCCC) di Sharm el Sheikh, Mesir pada 6 hingga 18 November, dengan diserikan kehadiran Naib Menteri Ekologi dan Persekitaran China, Zhao Yingmin dan Utusan Khas China bagi Perubahan Iklim, Xie Zhenhua.

Menurut Xie, China telah menubuhkan jabatan khas bagi memperjuangkan matlamat mencapai puncak karbon dan penetrualan karbon, membentuk sistem dasar "1+N", menyusun strategi mengawal pelepasan gas rumah hijau untuk suatu jangka masa yang sederhana dan panjang, mendorong perkembangan pasaran perniagaan kuota pelepasan karbon di seluruh negara, menggariskan dan melaksanakan strategi kebangsaan bagi menyesuaikan diri dengan perubahan iklim. Dengan itu, pelepasan karbon dioksida bagi setiap unit Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) pada tahun 2021menurun 3.8% berbanding tahun 2020, dan berkurang 50.8% secara akumulatif berbanding dengan tahun 2005.

"China akan bersama dengan pelbagai pihak terbabit berpandukan terbuka, telus, penglibatan umum, persepakatan berdasarkan rundingan dan terpacu oleh pihak-pihak pemeterai, berusaha menjayakan COP27, dan memberikan kebijakan dan sumbangan bagi membentuk sistem tadbir urus iklim global yang adil, rasional, kerjasama dan menang-menang," kata Xie lagi.

Gaya Hidup