99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

CIIE: Rwanda Rancak Promosi Biji Kopi

(CRI)Rabu 09 November 2022

Rwanda sangat terkenal dengan biji kopi berikutan keadaan geografi dan iklimnya yang bersesuaian, sekali gus menjadikan kopi sebagai produk eksport utama bagi negara tersebut.

Salah satu kebunnya terletak di Kigali, ibu kota negara itu dan kopi keluaran kebun yang berjenama ‘gorila’ telah dipamerkan di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) buat dua kali berturut-turut.

Dalam CIIE kali ini, wakil mereka membawa kopi segera yang khusus buat pengguna China dan berharap agar produk baharu ini mendapat sambutan baik.

Seiring dengan pesanan kontrak dari pasaran China yang semakin meningkat, skala perniagaan kebun kopi dan kilang pemprosesan pula meningkat, sekali gus membawa lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan melonjak pendapatan mereka.

Menurut Kaunselor Perdagangan Kedutaan Rwanda ke China, Samuel Abikunda, banyak syarikat Rwanda menyertai CIIE secara sangat aktif untuk memaparkan produk tempatan, khususnya biji kopi.

“Banyak lagi produk pertanian Rwanda yang baik mendapat kegemaran pengguna China”, ujar beliau.

Duta Besar Rwanda ke China, James Kimonyo berharap perdagangan antara Rwanda dengan China dapat ditingkatkan lagi melalui platform CIIE.

“Kerajaan China telah membuka dan membenarkan produk dari Afrika, khususnya Rwanda mengambil kesempatan peluang pasaran China.

“Maka, saya harap petani dan pedagang kopi Rwanda dapat terus mengambil peluang pasaran China yang sungguh besar ini,” tambah beliau.

Difahamkan, terdapat 145 negara, wilayah dan pertubuhan antarabangsa menyertai CIIE edisi kelima ini dengan 66 negara dan tiga pertubuhan antarabangsa daripadanya menyertai pameran komprehensif peringkat negara.

Selain itu, terdapat 284 perusahaan dalam senarai 500 perusahaan terbaik di dunia menyertai pameran perusahaan khas, dan 90 peratus daripadanya adalah penyertaan dua kali malah lebih.

Gaya Hidup