- Lain-lain
Inovasi ‘5G + Internet Perindustrian’ Berkembang Pesat
Inovasi ‘5G + Internet Perindustrian’ di China menyaksikan perkembangan pesat, kata Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT).
Naib Menterinya, Zhang Yunming berkata ia bukan sahaja merangsang pemain industri berkenaan menumpukan kepada peningkatan kualiti, pengurangan kos serta pembangunan secara hijau dan selamat, tetapi juga membuka pendekatan baharu dalam menaik taraf teknologi perindustrian konvensional.
Menurut beliau, cara pengeluaran baharu yang menghubungkan sepenuhnya manusia, mesin dan benda semakin diperkenalkan di China, sehingga menjadi tonggak utama untuk menggerakkan sektor pembuatan ke arah pintar dan hijau.
Difahamkan, Persidangan ‘5G + Internet Perindustrian’ China 2022 membuka tirainya di Wuhan, provinsi Hubei pada Ahad.
Untuk rekod, terdapat 2.22 juta stesen pemancar 5G di China pada masa ini dan menyumbang lebih 60 peratus daripada jumlah berkenaan dunia.
Sebilangan besar sektor tonggak ekonomi negara seperti pesawat, kapal, kenderaan, elektronik, tenaga dan perlombongan, melancarkan praktik inovatif ‘5G + Internet Perindustrian’, dengan membabitkan lebih daripada 4,000 projek dalam pembinaan.