- Lain-lain
Misi Kapal Shenzhou-14 Capai Kejayaan
Kapal angkasa pembawa angkasawan Shenzhou-14 selamat mendarat di tapak pendaratan Dongfeng, wilayah Mongolia Dalam di utara China pada pukul 8.09 malam semalam, dan tiga angkasawan iaitu Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe berada dalam keadaan selamat dan sihat, kata Agensi Angkasa Bermanusia China (CMS).
Ini menandakan misi Shenzhou-14 mencapai kejayaan.
Kapal Shenzhou-14 dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada 5 Jun lalu sebelum bercantum dengan modul teras Tianhe dan menjadi satu kombinasi.
Dalam tempoh enam bulan di orbit, ketiga-tiga angkasawan tersebut menjalankan tiga kali misi aktiviti luar kenderaan (EVA), menyelesaikan pemasangan dan pengubahsuaian peralatan di dalam dan luar kabin, serta kemudahan dan peralatan berkaitan misi aplikasi angkasa. Mereka juga berjaya menjalankan beberapa eksperimen saintifik dan teknologi ruang angkasa.
Sementara itu, Chen Dong menjadi angkasawan pertama di China yang berada di orbit melebihi 200 hari.
- Kapal Angkasa Shenzhou-15 Dipindah ke Tapak Pelancaran
- Angkasawan China Berjaya Masuk Tianzhou-5
- Lima Bulan Kru Shenzhou-14 di Angkasa Lepas
- Anak Kapal Shenzhou-14 Masuk Mengtian
- Belia China, ASEAN Berdialog dengan Kru Shenzhou-14
- Kru Shenzhou-14 Berjaya Jalani Misi EVA Kedua
- Kru Shenzhou-14 Jalankan Misi EVA Kedua
- Impian Jelajahi Angkasa dalam Lukisan
- Genap Tiga Bulan Kru Shenzhou-14 di Stesen Angkasa