- Lain-lain
Rai ‘Teknik Penghasilan Teh’ Tersenarai Warisan Budaya Dunia
Upacara perayaan tersenarainya “Teknik Penghasilan Teh Tradisional China dan Istiadat Berkenaan ”sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Manusia telah diadakan di Hangzhou semalam. Deklarasi Hangzhou yang bertajuk “Menuju ke Masa Depan Baharu Pembangunan Mampan: Pemeliharaan dan Pewarisan ‘Teknik Penghasilan Teh Tradisional China dan Istiadat Berkenaan’” turut diumumkan dalam upacara tersebut. Ini merupakan satu episod yang signifikan, dan juga satu lembaran baharu dalam mempergiatkan pelaksanaan item tersebut.
Deklarasi Hangzhou diumumkan bersama-sama oleh 47 badan anggota dari kumpulan kerja perlindungan terbabit.
Provinsi Zhejiang sebagai penaja utama permohonan item tersebut telah mengadakan satu pameran melibatkan tersenarainya “Teknik Penghasilan Teh Tradisional China dan Istiadat Berkenaan” sebagai warisan budaya dunia pada 1 hingga 19 Disember ini.
- Hebei Jadi Tuan Rumah Persidangan Warisan Budaya Tidak Ketara Tekstil China
- Xi Arah Pergiat Perlindungan Sistematik Warisan Budaya Tidak Ketara
- Kemahiran Pembuatan Teh Tradisional China beserta Adat Resam Berkaitan, Warisan Budaya Tidak Ketara Dunia
- Anak Malaysia Kejar Impian Seruling di China
- Bawa Warisan Budaya ke Era Baharu
- Jaga Groto Mogao dengan Penuh Dedikasi