99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Catatan Jelajah Kristal Donghai

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 04 Ogos 2023

"Hai semua, selamat datang ke strim langsung saya." Jiang Qiuyue, menjadi penyampai strim bahasa asing di Pusat e-Dagang Rentas Sempadan Kristal Donghai di bandar Lianyungang, provinsi Jiangsu, setahun selepas tamat pengajian di universiti. Dalam 4 tahun, munculnya 1,623 penyampai strim bahasa asing seperti Jiang Qiuyue. Mereka memulakan "perjalanan transnasional" kristal Donghai melalui perkongsian bilik siaran langsung.

Jiang Qiuyue, penyampai strim Bahasa asing membuat strim langsung di Pusat e-Dagang Rentas Sempadan Kristal Donghai di bandar Lianyungang, provinsi Jiangsu, China. (foto: Fan Xiao/People.cn)

Jiang Qiuyue, penyampai strim Bahasa asing membuat strim langsung di Pusat e-Dagang Rentas Sempadan Kristal Donghai di bandar Lianyungang, provinsi Jiangsu, China. (foto: Fan Xiao/People.cn)

Pekan Donghai yang terletak di bandar Lianyunggang, dikenali sebagai "bandar kristal di China". Sebanyak 37 jenis mineral ditemui di kawasan tersebut, termasuk 300,000 tan rizab kristal dan 300 juta tan rizab kuarza. Di pekan Donghai, terdapat lebih 3,400 perusahaan pemprosesan kristal dengan pengeluaran tahunan sebanyak 30 juta keping barang kemas kristal dan 5 juta keping kraf tangan kristal. Jumlah orang yang terlibat dalam pemprosesan, pemasaran dan perkhidmatan sokongan industri kristal telah mencecah 300,000. Pekan Donghai telah membangun sebagai pusat pemprosesan kristal yang terbesar di dunia.

"Barang kemas kristal dan kraf tangan kristal dijual ke banyak negara di Asia dan Eropah. Perniagaannya sangat menguntungkan," kata Song Feng, orang Donghai yang terlibat dalam industri pemprosesan kristal. "Pembangunan pesat sedemikian mendapat manfaat daripada perkembangan e-dagang transnasional di bawah dorongan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)."

Kraf tangan kristal yang sedang diproses. (foto: Fan Xiao/People.cn)

Kraf tangan kristal yang sedang diproses. (foto: Fan Xiao/People.cn)

Di kampung Xingxi, tempat Song Feng tinggal, Taman Perindustrian e-Dagang Kristal Kampung Xingxi telah dibina pada 2020 atas cadangan Zhao Zhonggang, setiausaha Parti Komunis China Kampung Xingxi. Kemudiannya, pangkalan latihan siaran langsung juga dibina. Melalui pembelajaran, penduduk kampung menjadi penyampai strim. Kini, nilai pendapatan seluruh kampung mencapai 1 bilion yuan dalam dan luar talian, antaranya nilai tahunan pendapatan e-dagang rentas sempadan melebihi 300 juta yuan, maklum Zhao Zhonggang.

E-dagang rentas sempadan membawa peluang perniagaan, dan Zhong Haibing, naib presiden Persatuan e-Dagang Pekan Donghai, juga mempunyai pemahaman mendalam tentang perkara ini. Sejak 2016, Zhong mula membuat strim langsung e-dagang transnasional. Beransur-ansur, perniagaan dan rakannya berkembang ke Singapura, Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Bulan lepas, Azan, rakannya dari Vietnam yang juga terlibat dalam industri kristal datang ke China untuk bertemu dengan Zhong. Zhong membawanya melawat Muzium Kristal Donghai dan memerhatikan seluruh rantaian pemprosesan kristal.

"Daripada jualan kristal hingga pertukaran budaya dan seni, strim langsung bukan sahaja platform untuk mempamerkan barangan," tambah Zhong, "BRI bagi pekan Donghai bukan sahaja pertukaran ekonomi, tetapi juga meliputi bidang-bidang budaya dan seni yang lebih luas."

Menghadapi peluang pembangunan baharu, pekan Donghai giat meneroka potensi kerjasama industri antarabangsa di samping komited untuk menjalankan pertukaran dan kerjasama yang lebih luas dan mendalam dengan negara-negara yang terlibat dalam BRI.

Video

Berita Berkaitan