- Lain-lain
Operasi Perairan Pertama Ekspedisi Arctic Ke-13 China Berakhir
(CRI)Selasa 15 Ogos 2023
Pasukan Ekspedisi Sains Lautan Arctic ke-13 China yang menaiki kapal pemecah ais "Xuelong-2" dilaporkan menyelesaikan operasi perairan yang pertama di Laut Chukchi baru-baru ini.
Sepanjang pelaksanaan operasi yang melangkau perairan dari garis lintang 74 sampai 80 darjah utara tersebut, anggota pasukan ekspedisi menumpu kepada persekitaran air, biologi dan ekologi, dan juga menyelesaikan sejumlah item yang lain seperti optiks laut, ikan lapisan tengah dan hidrologi.
Kini, "Xuelong-2" sedang belayar menuju ke JASMInE yang terletak di sekitar garis lintang 85 darjah utara, untuk melakukan peninjauan geologi dan geofizik.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang