- Lain-lain
Tahap Keantarabangsaan CIFTIS Lebih Tinggi
(CRI)Selasa 22 Ogos 2023
Lebih daripada 2,200 syarikat telah mengesahkan penyertaan ke Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China 2023 (CIFTIS) secara fizikal, antaranya 500 syarikat terkemuka dan peneraju sektor, yang meliputi 28 daripada 30 negara dan kawasan utama dalam bidang perdagangan perkhidmatan. Kadar keantarabangsaan pameran edisi ini melebihi 20 peratus.
Demikian dinyatakan oleh pihak penganjur CIFTIS dalam sidang media pada 21 Ogos.
CIFTIS kali ini meliputi kawasan pameran seluas 155,000 meter persegi, dengan sembilan tema khas didirikan, dan enam acara penting diadakan termasuk Sidang Kemuncak Perdagangan Perkhidmatan Global.
Untuk rekod, CIFTIS 2023 akan diadakan di Beijing dari 2 hingga 6 September.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang