99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi Seru Sinergi Bina Dunia Makmur Bersama, Inklusif, Indah

(CRI)Rabu 23 Ogos 2023

Presiden China, Xi Jinping menyifatkan dunia kini telah menjadi komuniti berkongsi nasib dan kepentingan dalam kelangsungan kehidupan.

Beliau berkata, dunia bersifat makmur bersama, terbuka, inklusif, bersih, indah dan selamat dengan keamanan yang berkekalan adalah aspirasi bagi rakyat pelbagai negara.

Menurut Presiden itu, masyarakat dunia juga tidak mahu berlakunya 'perang dingin baharu' atau 'blok eksklusif kecil'.

Xi berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya berjudul "Enhance Solidarity and Cooperation to Overcome Risks and Challenges and Jointly Build a Better World" dalam majlis penutup Forum Perniagaan BRICS 2023 di sini, pada Selasa.

Beliau turut menyeru supaya usaha dilipatgandakan untuk mempergiat pembangunan dan kemakmuran bersama.

Pada masa sama, beliau juga menzahirkan kesediaan China untuk bersama pelbagai negara dalam usaha mempercepat kolaborasi di bawah rangka Inisiatfi Pembangunan Global (GDI), bersinergi menghadapi cabaran bersama, dan membawa limpahan manfaat kepada semua.

"Kita perlu berusaha untuk mewujudkan keselamatan universal. China bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi menggalakkan pelaksanaan Inisiatif Keselamatan Global (GSI)."

"China mahu berdialog, bukan berkonfrontasi, (mahu) menjalin perkongsian, bukan pakatan, (mahu) situasi menang-menang, bukan permainan campur tolak (sama kalah), dan (mahu) berganding bahu membina komuniti keselamatan," kata Xi.

Tekan beliau, usaha mengekalkan interaksi dan saling mempelajari antara peradaban yang berbeza juga adalah penting untuk diteruskan.

"China mengalu-alukan pelbagai negara aktif terlibat dalam kerjasama di bawah rangka Inisiatif Peradaban Global (GCI), menyemarakkan nilai-nilai bersama umat manusia, sambil menggalakkan pembangunan peradaban berbeza demi melestarikan dari generasi ke generasi," tambah Xi.

Tegas beliau, kebangkitan kolektif pasaran baru muncul dan negara-negara membangun yang diwakili negara-negara BRICS pada asasnya mengubah landskap global.

Xi berikrar bahawa China akan terus memperdalam perkongsian strategik dengan BRICS, memperluas model 'BRICS Plus', aktif memperluas keanggotaannya, mengukuhkan perpaduan dan kerjasama dengan pasaran baru muncul lain dan negara-negara membangun.

Video

Berita Berkaitan