- Lain-lain
Xi: Teknologi Baharu Makin Pesat, Ubah Model Pembangunan Industri
Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Ekspo Industri Pintar Antarabangsa China 2023 menerusi surat, pada Isnin.
Dalam surat itu, Xi menegaskan bahawa pada masa ini, teknologi baharu seperti Internet, data raya, pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI), dan rantaian blok sedang mengalami evolusi yang mendalam.
Pada masa sama, pendigitalan, kecerdasan, dan transformasi hijau perindustrian semakin dipercepat, sementara industri pintar dan ekonomi digital turut semakin berkembang pesat, hingga mengubah kaedah pengagihan sumber global, model pembangunan perindustrian dan gaya hidup rakyat.
Beliau berkata, China mementingkan pembangunan ekonomi digital, di samping menggalakkan integrasi mendalam teknologi digital dan ekonomi sebenar, mempromosi pengindustrian digital dan pendigitalan industri, serta mempercepatkan pembinaan ruang siber dan sektor digital.
“China komited bekerjasama dengan pelbagai negara di dunia menguasai arah aliran baharu era digital, mengintensifkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam sektor digital, menggalakkan inovasi dan pembangunan dalam sektor industri pintar, mempercepat pembinaan komuniti berkongsi nasib ruang siber supaya mencipta masa depan yang lebih cerah,” kata Xi.
Ekspo Industri Pintar Antarabangsa China 2023 dirasmikan di bandar Chongqing, China pada 4 September.