99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Indonesia Komited Pacu Kerjasama Bilateral

(CRI)Rabu 18 Oktober 2023

Presiden China Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga dan membuat lawatan rasmi, pada 17 Okotober.

Dalam pertemuan itu, Xi berkata Indonesia merupakan tempat yang menyaksikan saranan membina bersama Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 buat pertama kali dikemukakan beliau.

Bersandarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi, China dan Indonesia bersinergi menggalakkan pembangunan sehingga membawa manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara, sekali gus menjadi model kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di peringkat antarabangsa.

China komited mengembangkan hubungan dengan Indonesia dari perspektif strategik dan jangka panjang, memanfaatkan mekanisme sedia ada bagi memperdalam kerjasama strategik menyeluruh serta memperkukuh sokongan antara satu sama lain dalam isu-isu melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan utama.

Beliau menyarankan supaya kedua-dua pihak memperdalam integrasi rantaian perindustrian dan bekalan, di samping bekerjasama menggerakkan pembinaan ‘koridor ekonomi komprehensif serantau’ dan ‘dua negara dua taman’.

Beliau turut menyatakan kesediaan China untuk terus menambah pengimportan produk pertanian dan perikanan berkualiti dari Indonesia sambil memperkasa kerjasama dalam industri baru muncul seperti ekonomi digital, fotovolta, kenderaan tenaga baharu dan sebagainya.

China juga bersedia menjalankan pertukaran dan kerjasama dengan Indonesia dalam bidang seperti teknologi pertanian, pembasmian kemiskinan, perubatan, pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan belia.

Jokowi pula berkata Indonesia memandang China sebagai rakan strategik penting dalam pembangunan ekonomi negara dan berhasrat merapatkan lagi hubungan dengan China.

Menurut beliau, Indonesia bersedia bersinergi dengan China bagi memacu pembangunan berkualiti BRI, dan mengalu-alukan lebih banyak perusahaan China menyertai pembinaan ibu negara baharu Indonesia dan Taman Industri Kalimantan Utara.

Selain itu, Indonesia juga ingin memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang kenderaan elektrik, kewangan dan keselamatan tenaga.

Selepas rundingan itu, pemimpin kedua-dua negara bersama merasmikan operasi landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung.

Video

Berita Berkaitan