99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Cangzhou: Bandar Wushu Bersejarah yang Merasai Manfaat BRI

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 01 November 2023

Cangzhou terletak di provinsi Hebei. Bertolak dari Beijing, perjalanan ke Cangzhou hanya mengambil masa 50 minit dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi.

Cangzhou digelar sebagai “Bandar Wushu Utara China”. Falsafah seni mempertahankan diri China dapat dilihat dalam gerakan Wushu Cangzhou. Kaunti Wuqiao di Cangzhou pula digelar “Kampung Akrobatik”. Pepatah di sini berkata “Semua orang di Wuqiao, sama ada berusia 99 tahun atau kanak-kanak kecil, adalah akrobat.” Kaunti Hejian yang terletak di timur laut Cangzhou adalah hab pengeluaran terbesar bagi kaca kalis panas di China. Orang Cangzhou bekerja keras tanpa mengenal penat lelah, membawa gelas Hejian dari China ke dunia.

Sejak dulu sampai sekarang, Cangzhou kekal sebagai hab pengangkutan yang penting kerana berpinggiran langsung dengan Terusan Besar China dan terbina pula Pelabuhan Huanghua di pesisir Laut Bohai. Lokasi yang strategik memudahkan eksport produk Cangzhou ke seluruh dunia. Kini sebanyak 35 laluan kapal telah diwujudkan ke 40 negara atau wilayah di seluruh dunia. Hasil usaha orang Cangzhou semakin terlihat di mata dunia.

Video

Berita Berkaitan