- Lain-lain
PLA Pantau dan Usir Kapal Perang AS Keluar Perairan Xisha China
Kapal pemusnah peluru berpandu USS Hopper Amerika Syarikat (AS) memasuki kawasan perairan Kepulauan Xisha China tanpa keizinan kerajaan negara ini pada 25 November. Kawasan Medan Selatan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) mengerahkan anggota tentera laut dan udara untuk mengekori dan memantau kapal perang AS itu, serta memberikan amaran dan menghalau kapal itu keluar perairan China, mengikut undang-undang negara ini.
Jurucakap Kawasan Medan Selatan PLA, Kolonel Kanan Tian Junli mengatakan, tindakan AS tersebut menceroboh kedaulatan dan keselamatan China, dan menjadi satu lagi bukti kukuh yang menunjukkan AS mengadakan “hegemoni pelayaran” dan mahu“menenterakan Laut China Selatan”.
Kolonel Kanan Tian mengulas bahawa peristiwa tersebut mencerminkan AS adalah“pembuat risiko keselamatan di Laut China Selatan", dan "perosak paling besar” bagi kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan".
Beliau menegaskan, Kawasan Medan Selatan PLA mengambil kewaspadaan tinggi dan dengan tegas membela kedaulatan dan keselamatan negara serta kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan.
- Plot AS Sokong Provokasi Filipina di LCS
- China Beri Amaran kepada Empat Kapal Filipina yang Masuk Perairan Terumbu Ren'ai Secara Haram
- China Bela Kedaulatan Pulau Huangyan
- Kapal Filipina Dihalau dari Perairan Pulau Huangyan
- CCG Komited Kuatkuasakan Undang-undang, Bela Kepentingan Negara
- Kenyataan Jabatan Negara AS mengenai Terumbu Ren'ai Dibidas
- Filipina Digesa Alihkan Kapal Perang dari Terumbu Ren’ai
- Xi Tinjau Tentera Laut Markas Teater Selatan PLA
- Kehadiran Melulu Kapal Perang AS di Perairan Kepulauan Nansha China
- China Kecam Gerakan Melulu Kapal Tentera AS di Perairan Xisha