99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Persidangan Kerja Ekonomi Pusat Gariskan Landskap 2024

(CRI)Rabu 13 Disember 2023

Persidangan Kerja Ekonomi Pusat diadakan di Beijing bermula Isnin hingga Selasa, dengan tujuannya menggariskan landskap kerja ekonomi untuk 2024.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), yang juga Presiden China, Xi Jinping ketika berucap pada persidangan itu membuat rumusan terhadap kerja ekonomi tahun ini, menganalisis situasi ekonomi semasa dan menggariskan landskap selanjutnya untuk tahun hadapan.

Menurut maklumat dari persidangan tersebut, ekonomi China telah memperlihatkan pemulihan yang mantap, dan kemajuan yang kukuh yang dicapai dalam pembangunan berkualiti tinggi buat tahun ini.

Lebih banyak dasar akan digubal dan dilaksanakan untuk melakar pencapaian yang selaras dengan jangkaan, dan kondusif bagi pertumbuhan ekonomi dan pengambilan pekerjaan. Transformasi pembangunan dan peningkatan kualiti serta kecekapan perlu dijadikan keutamaan untuk memperkukuh asas ekonomi yang kekal stabil.

Adalah perlunya untuk memperkasakan pelaksanaan dasar fiskal yang positif secara sederhana. Manakala, dasar monetari yang berhemat harus diamalkan secara fleksibel, sederhana, tepat dan berkesan.

Institusi kewangan disaran meningkatkan sokongan terhadap inovasi sains dan teknologi, transformasi hijau, Industri Mikro dan Kecil (IMK), sektor kebajikan umum, dan ekonomi digital.

Kos pembiayaan keseluruhan masyarakat disaran terus diturunkan dengan mantap dan kadar pertukaran RMB dipastikan kekal stabil pada tahap yang munasabah dan seimbang.

Perlunya mempergiat inovasi industri menerusi penggerak inovatif dalam bidang sains dan teknologi, khususnya teknologi yang terkini dan tercanggih.

Selain itu, peningkatan permintaan domestik dan tahap keterbukaan juga dijadikan topik yang dibincangkan.

Video

Berita Berkaitan