99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Krew Shenzhou-17 Jayakan EVAs Pertama

(CRI)Jumaat 22 Disember 2023

Krew kapal angkasa lepas Shenzhou-17 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVAs) pertama pada pukul 9.35 malam pada Khamis.?

Ini merupakan tugasan penjelajahan angkasa kedua bagi Tang Hongbo, angkasawan China yang pertama yang kembali ke stesen angkasa lepas untuk perkhidmatan penggal kedua sejak dua tahun lalu, manakala Tang Shengjie pula menjadi angkasawan termuda China yang menjalankan misi EVAs.

Menurut maklumat Pejabat Kejuruteraan Angkasa Lepas Bermanusia China, Tang Hongbo, Tang Shengjie dan Jiang Xinlin bekerjasama rapat dalam menyelesaikan EVAs selama tujuh jam setengah untuk melakukan ujian yang dijadualkan tentang pembaikan sayap solar modul teras Tianhe dengan bantuan anggota teknikal di Bumi dan lengan robotik di stesen angkasa lepas. Setelah menyelesaikan EVAs tersebut, Tang Hongbo dan Tang Shengjie telah balik ke modul eksperimen Wentian dengan selamat.

Selain itu, sejumlah besar eksperimen saintifik dan ujian teknikal serta EVAs melibatkan krew atau muatan aplikasi akan dilakukan menurut jadual semasa pelaksanaan misi penerbangan kapal angkasa Shenzhou-17.

Video

Berita Berkaitan