- Lain-lain
BRI, Inisiatif yang Amat Baik - Kata Bekas PM Belgium
Bekas Perdana Menteri Belgium Yves Leterme berkata pertukaran budaya amat penting untuk meningkatkan persefahaman dalam kalangan rakyat.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh Kumpulan Media China (CMG) di Guangzhou, baru-baru ini.
Menyentuh tentang dasar pengecualian visa terhadap pengembara dari lima negara Eropah, yang mula dilaksanakan China baru-baru ini, Leterme berpendapat bahawa ia langkah yang amat baik.
Beliau berharap pelancong dari Belgium juga dapat menikmati pengecualian visa secepat mungkin supaya boleh masuk ke China dengan lebih senang.
"Pergerakan bebas individu dapat menyediakan peluang pertukaran baharu, sekali gus meningkatkan hubungan perdagangan, dan memperkasakan pertukaran dalam golongan pelajar, pensyarah, dan ahli penyelidik," kata Leterme.
Beliau pernah berkunjung ke China lebih daripada 20 kali, dan mempunyai minat besar terhadap negara ini.
"Saya berpeluang melawat banyak tempat di China. Apa yang meninggalkan kesan paling mendalam kepada saya pada mulanya adalah China giat membangunkan infrastruktur, seperti jalan raya dan kereta api."
"Ini dapat dilihat di kawasan Teluk Besar, Shanghai, dan Beijing, dan kini meliputi seluruh China," ujar beliau.
Yves Leterme menyatakan bahawa apa yang memberikan kesan kepada beliau bukan sahaja skala pembinaan infrastruktur di China, bahkan juga kelajuan pembangunannya.
Mengulas mengenai hubungan antara Kesatuan Eropah (EU) dan China, Yves Leterme menegaskan bahawa EU perlu mengekalkan dasar bebas dan berkecuali, sebaliknya bukan mengikuti pihak lain dan "cantas hubungan" dengan China.
Tahun ini ialah ulang tahun ke-10 penganjuran inisiatif Jalur dan Lauan (BRI). Yves Leterme menyifatkan BRI sebagai inisiatif yang amat baik.
"Tentang makna praktikal BRI, saya rasa bukti terbaik adalah projek serupa yang sedang didorong oleh EU iaiut program 'Global Gateway'."
"Kesalinghubungan adalah amat penting. Sebagai orang Eropah, saya rasa BRI memainkan peranan penting dalam mempromosikan kesalinghubungan antara Eropah dan China melalui Asia Tengah," kata beliau.
- China Keluarkan Kertas Biru BRI
- Pencapaian BRI pada Sedekad Lalu demi Dunia Lebih Indah
- Indonesia Puji Projek Mercu Tanda BRI
- China Perkenalkan Dokumen Mengenai Visi dan Tindakan Kerjasama Jalur dan Laluan bagi Sedekad akan Datang
- BRI Bawa Peluang Penting bagi Pembangunan Negara Kepulauan Pasifik
- CPEC Diyakini Bawa Limpahan Manfaat kepada Rakyat Pakistan: Anwar Kakar
- Laluan Kereta Api Dohazari-Cox's Bazar Dorong Pembangunan Ekonomi Bangeladesh
- Keterbukaan China Sediakan Pasaran Luas untuk Thailand
- Volum Kiriman Ekspres China 2023 Lepasi Angka 100 bilion
- Simposium “Ceritakan Kisah Guizhou kepada Dunia” Diadakan di Guiyang