99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pelan Pelancongan Cuti Tahun Baharu Hangat di China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 27 Disember 2023

Penggiat industri pelancongan di China menyatakan bahawa tiket kereta api dan produk pelancongan merupakan antara yang laris sempena percutian Tahun Baharu akan datang iaitu 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024.

Menurut mereka, kini ramai yang menunjukkan keinginan untuk menyambut kedatangan tahun 2024 "di jalan”.

Menurut angka portal pelancongan LY.com, tiket kereta api yang berlepas dari Beijing ke Zhengzhou di Henan dan Wuhan di Hubei telah habis dijual pada pukul 10 pagi Sabtu lalu, iaitu hari pertama tiket kereta api untuk tempoh cuti mula dijual.

Selain itu, kereta api menuju ke destinasi popular seperti Xi'an di Shaanxi dan Chongqing turut habis dijual pada hari yang sama.

"Saya dan rakan-rakan telah merancang untuk melawat Harbin, iaitu dunia salji dan ais di provinsi timur laut, Heilongjiang selepas kami melihat beberapa video pendek tentang pemandangan salji yang menakjubkan dan arca ais di Douyin," kata Sun Jingying, pelajar berusia 25 tahun dari Nanchang, Jiangxi.

Tambahnya, dia sangat menanti-nantikan peluang untuk menikmati salji kerana di tempat kediamannya kini tiada salji yang sekerap di Harbin.

"Pasti sangat romantis untuk menantikan kira detik Tahun Baharu sambil melihat salji turun,” ujar Sun.

Menurut Kumpulan Trip.com, tempahan pelancongan untuk percutian itu menyaksikan peningkatan tiga kali ganda tahun ke tahun setakat 15 Disember, dan tempahan hotel pula meningkat lima kali ganda, manakala penerbangan meningkat tiga kali ganda pada platformnya.

Jelas syarikat itu lagi, Shanghai, Beijing, Harbin dan Guangzhou, provinsi Guangdong pula adalah pilihan utama bagi pengembara yang merancang untuk menghabiskan percutian di dalam negeri.

Portal pelancongan Tuniu dalam satu kenyataan berkata bahawa dalam tempoh dua minggu selepas 1 Disember, tempahan produk pelancongan untuk percutian Tahun Baharu melonjak sebanyak 220 peratus tahun ke tahun di platform itu.

Kata portal itu lagi, pilihan pengguna pula adalah sangat pelbagai termasuk destinasi yang mempunyai mata air panas, salji dan ais serta destinasi yang beriklim lebih panas seperti pulau-pulau di selatan.

Pada masa sama, tempahan ke destinasi luar negara juga telah menunjukkan permintaan yang baik dan ini difahamkan adalah berikutan dasar kemasukan yang dioptimumkan.

Memetik kenyataan Kumpulan Trip.com, setakat 15 Disember, tempahan untuk perjalanan keluar bagi tempoh percutian itu melonjak lima kali ganda pada platformnya, dan destinasi luar negara di timur dan tenggara Asia kekal sebagai pilihan utama, termasuk Jepun dan Thailand.

Syarikat itu menambah bahawa selain aktiviti pengembaraan tradisional, bermain ski di destinasi luar negara untuk meraikan percutian juga menyaksikan pertumbuhan pesat.

"Kami telah melihat tempahan produk pelancongan ski ke destinasi luar negara meningkat sebanyak 460 peratus dari awal bulan ini berbanding pada November. Jepun, Korea Selatan, Finland dan Rusia menarik pemain ski."

"Melihat cahaya utara juga merupakan pilihan romantis untuk menghabiskan percutian kerana kami telah melihat tempahan ke Finland dan Sweden meningkat sebanyak 73 peratus dan 10 peratus bulan ke bulan setakat ini," kata kumpulan itu.

Video

Berita Berkaitan