99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Peningkatan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Kondusif bagi China-AS - PM Li

(CRI)Khamis 29 Februari 2024

Perdana Menteri China Li Qiang ditemui delegasi Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (AS) yang diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif dewan itu Suzanne Clark di Beijing pada Rabu.

Li Qiang berkata,China dan AS mempunyai banyak perincian yang saling melengkapi dalam bidang ekonomi, dan juga banyak kepentingan milik bersama yang berkaitan rapat.

“Peningkatan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Namun, tindakan 'decoupling' atau 'small yard, high fence' tidak selari dengan kepentingan asas kedua-dua negara."

Li berkata, sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik China-AS pada tahun ini, China bersedia bekerjasama dengan AS untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara bagi mendorong perkembangan hubungan dua hala ke arah yang sihat dan mantap.

“China yang berada di landasan memacu modenisasi ala China secara menyeluruh pada masa ini, mengalu-alukan syarikat AS untuk terus melabur di China dan menerokai pasaran di negara ini supaya dapat berkongsi peluang pembangunan."

“Dewan Perniagaan AS dan usahawannya diharapkan terus berperanan sebagai jambatan dalam menggalakkan peningkatan komunikasi dan persefahaman antara kedua-dua negara,” kata Li.

Clark pula menyifatkan hubungan AS-China sebagai sangat penting dan "mencantaskan hubungan" antara kedua-dua pihak bukanlah pilihan yang mempunyai kebolehlaksanaan.

“Dewan Perniagaan AS bersedia bertindak sebagai jambatan, berusaha untuk mengeratkan hubungan AS-China dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta memperkasa kerjasama yang saling menguntungkan bagi menggalakkan perkembangan hubungan bilateral ke arah mantap dan stabil,” katanya.

Video

Berita Berkaitan