99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kuasa Produktif Kualiti Baharu, Kunci Transformasi Syarikat

(CRI)Khamis 07 Mac 2024

Inovasi sains dan teknologi amat penting untuk memacu pembangunan kuasa produktif kualiti baharu.

Demikian dikatakan wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Meng Fanying, yang sedang menghadiri sidang tahunan NPC di Beijing pada 5 Mac.

Meng, juga Presiden Baotou Steel Group berpendapat bahawa kuasa produktif kualiti baharu adalah cara pengeluaran yang cekap, bertaraf tinggi, dan berkualiti tinggi.

"Ia bukan sahaja merupakan pendekatan penting bagi syarikat untuk meningkatkan kecekapan, malah juga kuasa penting untuk mendorong syarikat menjalankan inovasi dan pembangunan berterusan," kata Meng.

Beliau berkata, Baotou Steel Group komited untuk mencapai kemajuan dalam pembuatan pintar dan pembangunan digital, serta terus meningkatkan taraf kuasa produktif kualiti baharu.

Meng berkata, kuasa produktif kualiti baharu bukan sahaja kunci bagi transformasi dan pembangunan syarikat, ia juga daya penggerak utama untuk memacu pembangunan berkualiti tinggi ekonomi China.

Beliau menyeru syarikat-syarikat mementingkan kuasa produktif kualiti baharu dan meningkatkan inovasi sains dan teknologi agar memberikan sumbangan yang lebih besar untuk pembangunan ekonomi mampan dan sihat.

Video

Berita Berkaitan