99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Roket Pembawa Boleh Guna Semula Buatan China Sasarkan Penerbangan Sulung Pada 2025

(CRI)Rabu 20 Mac 2024

Syarikat Sains dan Teknologi Aeroangkasa China (CASC) merancangkan penerbangan sulung bagi dua model roket pembawa boleh guna semula yang masing-masing berdiameter 4 meter dan 5 meter pada 2025 dan 2026.

Demikian kata ketua pereka roket pembawa model baharu CASC, Rong Yi baru-baru ini.

“Berbanding roket konvensional, roket boleh guna semula melibatkan teknologi tambah dari empat kategori utama. Pertama, yang berfungsi memastikan pendaratan di tapak yang tepat setelah berakhirnya pelancaran; kedua, yang berfungsi memastikan roket yang mendarat di Bumi diterima dengan stabil; ketiga, yang berfungsi memastikan roket terbabit boleh digunakan secara berulang kali dan mempunyai daya tahan yang hebat; dan keempat, yang berkaitan dengan kecekapan tinggi dalam penyelenggaraan dan pembaikpulihan roket," jelas Rong.

Menurut CASC, setelah mencapai lonjakan besar dalam pembangunan teknologi penting berhubung roket boleh guna semula tahun lalu, pihaknya sedang mempercepatkan penerokaan produk yang sesuai untuk dipasarkan dalam bidang aeroangkasa komersial pada masa ini, sekali gus menaiktaraf dan mengemaskini teknologi sistem pengangkutan angkasa lepas.

China berada pada fasa perkembangan yang pesat dalam bidang aeroangkasa untuk kegunaan komersial pada masa ini. Menurut Kertas Biru Aktiviti Sains dan Teknologi Angkasa Lepas China 2023 yang diumumkan tidak lama dulu, sebanyak 26 pelancaran komersial telah diselesaikan pada tahun 2023 dengan kadar kejayaan sebanyak 96 peratus; manakala bilangan satelit komersial yang diselidikkan, dibangunkan dan dilancarkan mecatat 120 buah, yang menempati 54 peratus keseluruhan sepanjang tahun. Tersenarainya aeroangkasa komersial dalam laporan kerja kerajaan China 2024 dilihat boleh menyuntik lebih banyak keyakinan terhadap pembangunan industri tersebut.?

Video

Berita Berkaitan