99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, India Adakan Rundingan dan Penyelarasan tentang Urusan Sempadan

(CRI)Khamis 28 Mac 2024

China dan India telah menghantar perwakilan masing-masing dari pelbagai jabatan seperti diplomatik, pertahanan negara dan imigrasi, menyertai mesyuarat ke-29 di bawah mekanisme rundingan dan penyelarasan tentang urusan sempadan semalam.

Dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak bersikap positif terhadap tercapainya kemajuan melalui kawalan situasi di kawasan sempadan, bertukar-tukar pandangan tentang kerjasama seterusnya, bersetuju dengan seawal mungkin mencapai pendekatan yang boleh diterima kedua-dua pihak mengenai masalah yang sedia wujud di kawasan sempadan.

Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju akan mendorong pelaksanaan kawalan rutin di kawasan sempadan, mengekalkan interaksi menerusi saluran diplomatik dan ketenteraan, menambah baik mekanisme rundingan, dan mengadakan perbincangan peringkat komander kumpulan tentera pusingan baharu seawal mungkin.

China dan India juga bersetuju akan mematuhi perjanjian dan konsensus yang dicapai kedua-dua pihak, mengelakkan situasi tegang dari berlaku secara berulang kali dan terus komited melindungi keamanan serta ketenteraman di kawasan sempadan.

Video

Berita Berkaitan