- Lain-lain
China Sokong Palestin Anggotai PBB
China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin.
Ini dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada Khamis ketika membuat ulasan tentang Palestin meminta secara rasmi UNSC agar mempertimbangkan semula permohonannya yang dikeluarkan pada tahun 2011 untuk menganggotai PBB.
Sebelum ini iaitu pada 8 April lalu, UNSC pernah mengadakan satu mesyuarat dan menyerah permohonan Palestin tersebut kepada Jawatankuasa Penerimaan Anggota Baharu untuk dibahaskan.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa pihaknya kekal menentang keanggotaan Palestin di PBB sebelum menyaksikan perjanjian yang lebih menyeluruh dicapai dengan Israel.
Sehubungan itu, Mao Ning menyatakan bahawa konflik Palestin-Israel pusingan ini masih berlarutan, yang mengakibatkan krisis kemanusiaan yang serius, dan ini sekali lagi memberikan amaran kepada masyarakat antarabangsa bahawa hanya dengan melaksanakan “pelan dua negara”, membantu Palestin menubuhkan negaranya dan mengakhiri layanan yang tidak adil yang dialami rakyat Palestin selama bertahun-tahun, barulah dapat menoktahkan secara tuntas konflik yang bersifat 'lingkaran ganas' antara Palestin dan Israel.
- Israel akan Teruskan Operasi di Rafah: Netanyahu
- Israel Tarik Balik Tentera dari Selatan Gaza
- China Gesa Resolusi Gencatan Senjata PBB Disegerakan di Gaza
- Hospital Al Shifa Dimusnahkan Serangan Tentera Israel
- Kapal Muatan Barang Bantuan China kepada Gaza Tiba di Mesir
- Mesir, PBB Seru Elakkan Konflik dari Diperluas di Gaza
- Usul AS mengenai Isu Palestin-Israel Gagal Dilulus
- China Salur Barang Bantuan kepada Gaza
- Penduduk ROK Protes 'Sidang Kemuncak Demokrasi'
- 20 Rakyat Palestin Terbunuh dalam Serangan Israel di Gaza