- Lain-lain
China Kecewa AS Memveto Keanggotaan Palestin dalam PBB
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi PBB berikutan Amerika Syarikat (AS) membuang undi memveto, pada Khamis.
Wakil Tetap China ke PBB, Fu Cong menyebut 18 April sebagai "hari yang menyedihkan".
"Kerana kuasa veto AS, permohonan Palestin untuk menjadi anggota rasmi PBB ditolak. Impian rakyat Palestin selama berpuluh tahun menjadi hancur. China berasa amat kecewa atas keputusan AS," kata Fu.
Beliau menyatakan bahawa negara berkaitan tidak menyokong Palestin menjadi anggota rasmi PBB dengan alasan Palestin tidak mempunyai keupayaan untuk mentadbir negara. China tidak bersetuju dengan tanggapan tersebut.
Mengulas lanjut, Fu Cong berkata, situasi di Palestin mengalami banyak perubahan dalam 13 tahun lalu, yang paling besarnya adalah pusat penempatan Yahudi di Tebing Barat semakin diperluas, menjadikan ruang hidup rakyat Palestin sebagai sebuah negara semakin terhimpit, hingga asas "penyelesaian dua negara” terjejas.
Beliau mendakwa bahawa ada negara tertentu membiarkan tindakan tersebut, tetapi pada masa ini mempersoalkan ketidakmampuan Palestin untuk mentadbir negara. Ini sama sekali "logik gengster".
Fu menekankan bahawa penunuhan negara yang merdeka adalah hak rakyat Palestin yang tidak boleh dirampas, ia juga tidak boleh dipersoalkan atau diperdagangkan.
"Memandangkan Israel semakin jelas menolak 'penyelesaian dua negara', PBB menerima Palestin sebagai negara anggotanya dapat membantu Palestin menikmati status yang sama rata dengan Israel, selain membantu menyediakan syarat untuk memulihkan rundingan Palestin-Israel.
"Semua negara yang menyokong 'penyelesaian dua negara' tidak seharusnya menentang keanggotaan rasmi Palestin dalam PBB," kata Fu.
Beliau percaya pada suatu hari nanti negara Palestin dapat menikmati hak yang sama rata dengan semua negara anggota lain dalam PBB. Palestin dan Israel sebagai negara jiran dapat wujud bersama secara damai dan rakyat Palestin pula dapat hidup aman sentosa.
"China akan terus berusaha gigih dan memainkan peranan yang membina supaya matlamat tersebut dapat menjadi kenyataan seawal mungkin," kata Fu.
- China Seru Sikap Terbuka dan Persaingan Adil
- China Seru Pihak Terbabit Bertenang
- Bentuk 'Kumpulan Kecil' di LCS, Amalan Hegemoni: MFA
- Anggota Kerajaan Baharu Palestin Angkat Sumpah
- “Demokrasi Gaya AS" Buat Kekacauan di Dunia
- Anwar: Tak Patut Halang Malaysia Berbaik dengan China
- Laporan Tidak Berasas AS Dibidas
- Blinken Bertemu Presiden Palestin
- Pemimpin Hamas Lawat Mesir Bincang Isu Gencatan Senjata
- Wang Yi, Menteri Luar Arab dan Islam Bincang Isu Palestin