99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Atlas Geologi Bulan HD Pertama Dikeluarkan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 22 April 2024

Peta geologi bulan termasuk dalam atlas baharu. (Foto/Akademi Sains China kepada Xinhua)

Peta geologi bulan termasuk dalam atlas baharu. (Foto/Akademi Sains China kepada Xinhua)

Atlas geologi bulan definisi tinggi (HD) lengkap pertama di dunia yang dikeluarkan oleh China pada Ahad boleh menyediakan data peta asas bagi tujuan penyelidikan dan penerokaan bulan akan datang.

Menurut Institut Geokimia Akademi Sains China (CAS), set atlas tersebut tersedia dalam kedua-dua bahasa Cina dan Inggeris, termasuk Geological Atlas of the Lunar Globe dan Map Quadrangles of the Geological Atlas of the Moon.

“Atlas geologi bulan adalah sangat penting untuk mengkaji evolusi bulan, memilih tapak untuk stesen penyelidikan bulan masa depan dan menggunakan sumber bulan.

“Ia juga boleh membantu kita lebih memahami Bumi dan planet lain dalam sistem suria, seperti Marikh,” kata Ouyang Ziyuan, ahli akademik CAS yang juga pengkaji bulan.

Liu Jianzhong, penyelidik kanan di institut itu berkata bahawa dunia telah menyaksikan kemajuan ketara dalam bidang penerokaan bulan dan penyelidikan saintifik sejak beberapa dekad lalu, yang telah meningkatkan pemahaman manusia terhadap bulan.

“Bagaimanapun, peta geologi bulan yang diterbitkan semasa era Apollo tidak pernah diubah selama kira-kira setengah abad, dan masih digunakan untuk penyelidikan geologi bulan.

“Dengan penambahbaikan kajian geologi bulan, peta lama tersebut tidak lagi dapat memenuhi keperluan penyelidikan saintifik dan penerokaan bulan,” ujarnya.

Berdasarkan perspektif evolusi dinamik bulan, penyelidik China secara kreatifnya menetapkan skala masa geologi bulan yang dikemas kini, secara objektifnya menggambarkan evolusi geologi bulan, serta menunjukkan ciri-ciri evolusi tektonik dan magmatik bulan dengan jelas.

Liu berkata, misi Chang'e 6 yang akan datang dijangka mengumpul sampel di Lembangan Apollo dalam Lembangan Kutub Selatan-Aitken di sisi jauh bulan, sekali gus bermakna bahan-bahan yang dikeluarkan dari rupa bumi purba mungkin dikumpulkan dalam proses itu.

"Peta kami boleh menyediakan latar belakang geologi makroskopik untuk meningkatkan tujuan dan kecekapan penyelidikan sampel," kata beliau.

Gregory Michael, seorang saintis kanan di Free University Berlin, Jerman berkata bahawa peta itu adalah yang pertama pada skala global yang menggunakan semua data era pasca Apollo.

“Ia berasaskan pencapaian masyarakat antarabangsa sejak beberapa dekad lalu, serta program Chang'e China sendiri yang sangat berjaya.

“Ia akan menjadi titik permulaan bagi setiap persoalan baharu berkaitan geologi bulan, dan menjadi sumber utama untuk penyelidik yang mengkaji bulan dalam semua aspek,” ujarnya lagi.

Video

Berita Berkaitan