- Lain-lain
246 Ribu Pembeli Asing, Rekod Baharu dalam Sejarah Canton Fair
Ekspo Import dan Eksport China ke-135 atau dikenali sebagai Canton Fair yang melabuhkan tirainya pada Ahad, telah memperbaharui rekod dengan menerima kunjungan 246,000 orang pembeli dari 215 negara dan wilayah secara fizikal yang meningkat 24.5% berbanding edisi sebelumnya.
Kesemua kontrak perdagangan eksport yang dimeterai secara fizikal dalam Ekspo yang bermula pada 15 April itu bernilai USD24.7 bilion (RM128.48 bilion), manakala yang dimeterai dalam talian bernilai USD3.03 bilion (RM14.36 bilion), yang masing-masing menyaksikan peningkatan sebanyak 10.7% dan 33.1% berbanding edisi sebelumnya.
Antaranya, peniaga dari negara-negara yang terlibat dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pulang dengan membawa kontrak perdagangan yang bernilai USD13.86 bilion (RM65.7 bilion), naik 13% berbanding edisi sebelumnya.
Ketua Pengarah Pusat Media Canton Fair yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pusat Perdagangan Luar China, Zhou Shanqing berkata, terdapat 680 syarikat dari 50 negara dan wilayah yang mengambil bahagian dalam Canton Fair edisi ini, dengan 64% pempamer dari negara-negara yang terlibat dalam pembinaan bersama di bawah BRI. Malaysia, Turkiye, Korea Selatan, Jepun dan India merancang untuk terus mengambil bahagian dalam pameran kenegaraan edisi seterusnya.
- Canton Fair ke-135 Tarik Penyertaan Lebih 221,000 Pembeli
- Kawasan Pameran Altitud Rendah Buat Debut di Canton Fair
- Menggilap Kecemerlangan Canton Fair pada Era Baharu: PM Li
- Canton Fair Buka Tirai, Catat Ledakan Pembeli Luar Negara
- 29 Ribu Syarikat Pempamer Berhimpun di 'Canton Fair' Ke-135
- Canton Fair ke-135 Bakal Buka Tirai
- Canton Fair ke-135 Buka Tirai Isnin Depan
- Canton Fair ke-134 Labuh Tirai, Transaksi Tunjuk Pemulihan
- Fasa Pertama Canton Fair ke-134 Berakhir
- Canton Fair ke-134 Dirasmikan