99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Ledakan Perjalanan Keluar, Beri Cerminan Kerancakan Penggunaan China

Semasa cuti panjang Hari Pekerja di China selama lima hari mulai 1 Mei, destinasi pelancongan global telah menjadi perhatian sejumlah besar pelancong dari China, sekali gus memaparkan daya enjin penggunaan negara Tembok Besar.

Fliggy, platform pelancongan terkemuka China melaporkan bahawa tempahan untuk perkhidmatan pelancongan yang dibuat oleh pelancong China dalam tempoh tersebut menyaksikan peningkatan 100 peratus berdasarkan pemulihan pesat tahun lalu.

Memetik laporan itu, kadar tempahan hotel menaik 100 peratus dari tahun ke tahun, manakala nilai tempahan bagi sewaan kereta luar negara pula melambung tiga kali dari tahun ke tahun.

Menurut catatan laporan Fliggy lagi, China menyaksikan ledakan perjalanan penumpang persiaran antarabangsa selepas pemulihan pesat kapal persiaran, dengan tempahan melonjak lebih 15 kali ganda daripada tahun terdahulu.

Sementara itu, agensi pelancongan dalam talian China, Trip.com pula melaporkan bahawa pelancong China mengembara ke hampir 200 negara dan wilayah di seluruh dunia semasa percutian tersebut, dengan meliputi lebih 3,000 bandar.

Tambah agensi itu, Hong Kong, Makau, negara di Asia Tenggara, serta Jepun dan Korea Selatan merupakan destinasi paling popular untuk pelancongan keluar, manakala negara Timur Tengah seperti Kuwait dan Arab Saudi menyaksikan pertumbuhan pesat kedatangan pelancong China.

Memandangkan unjuran ekonomi China kekal positif dan langkah-langkah dasar yang bertujuan untuk merangsang penggunaan beransur-ansur berkuat kuasa, perjalanan keluar negara telah menyaksikan pemulihan kukuh sejak awal tahun.

Semasa musim cuti Tahun Baru Cina (TBC) selama lapan hari pada Februari, pelancongan keluar China melonjak kira-kira 10 kali ganda tahun ke tahun, mencecah rekod tertinggi dalam empat tahun kebelakangan ini, lapor Fliggy.

Institut Penyelidikan Ctrip dalam satu kenyataan menyatakan bahawa bermula dari TBC, pelancongan masuk dan keluar China memperlihatkan lantunan semula, sementara entiti rantaian bekalan berkaitan yang dijangka memulih juga akan meningkat.

Platform pelancongan LY.com pula memaklumkan bahawa penggunaan pelancong China semasa perjalanan keluar pada tahun 2024 akan memperlihatkan lebih kepelbagaian, manakala integrasi perjalanan keluar dengan permintaan untuk konsert, acara sukan dan penjagaan perubatan akan menjadi lebih popular.

Kerancakan perjalanan keluar adalah bukti penggunaan China yang semakin meningkat, sekali gus memberikan sumbangan kukuh kepada permintaan domestik dan pertumbuhan ekonomi keseluruhan.

Menurut Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS), pendapatan boleh guna per kapita penduduk China mencecah RMB11,539 yuan (kira-kira AS$1,625.17) pada suku pertama tahun ini, dengan perbelanjaan pengguna per kapita mencecah RMB7,299.

Penganalisis Great Wall Securities, Jiang Fei menyatakan bahawa pada suku pertama, keghairahan untuk perjalanan dan pelancongan dalam kalangan penduduk telah mendorong penggunaan dalam industri berkaitan.

Untuk meningkatkan lagi potensi pelancongan keluar, China telah menandatangani perjanjian bebas visa bersama dengan beberapa negara tahun ini. Selain itu, kapasiti penerbangan antarabangsa negara juga turut sama meningkat.

Wang Guanhua, jurucakap NBS, turut menekankan kepentingan penggunaan dalam merangsang dan mengembangkan permintaan domestik.

"China mempunyai pasaran pengguna yang sangat besar dengan populasi lebih 1.4 bilion.

"Potensi untuk penggunaan adalah luas, dan daya tahannya adalah kekuatan serta sumber keyakinan kami yang terbesar," ujarnya

Video

Berita Berkaitan