99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Memupuk dan Memacu Industri Bercirikan Tempatan di Xinjiang - PM Li

(CRI)Jumaat 10 Mei 2024
Memupuk dan Memacu Industri Bercirikan Tempatan di Xinjiang - PM Li

Hendaklah bertindak konsisten dalam melaksanakan strategi pentadbiran yang senada dengan era baharu di Xinjiang, memupuk dan memacu industri yang bercirikan tempatan, meningkatkan tahap keterbukaan kepada luar, dan menumpukan kepada peningkatan kesejahteraan rakyat dan keamanan berkekalan melalui pembangunan yang berkualiti.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang ketika meninjau ke Xinjiang pada 7 hingga 9 Mei.

Menurut Li, sebagai kawasan teras dalam skim pembangunan Jalan Sutera, Xinjiang diharap mengeratkan perhubungannya dengan provinsi-provinsi pedalaman dan negara-negara sepanjang Jalan Sutera, memperdalam kerjasama ekonomi dan perdagangan, mengukuhkan kedudukannya sebagai satu hab dalam pelaksanaan dasar pintu terbuka yang menuju ke arah barat, memperincikan perkhidmatan pengangkutan sepanjang laluan Kereta Api China-Eropah, mendorong pembangunan taman industri dan menambahbaik ekosistem dalam landskap perindustrian.

Beliau juga mengarahkan kerajaan tempatan agar mempertingkat pertukaran antarabangsa dan komunikasi dengan luar dalam bidang perdagangan, pendidikan, perubatan dan rawatan, kebudayaan dan pelancongan dengan memanfaatkan pelaksanaan dasar bebas visa.

Video

Berita Berkaitan