- Lain-lain
PM China Mulakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia
Perdana Menteri China, Li Qiang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Selasa untuk lawatan rasmi ke Malaysia atas undangan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Li Qiang berkata, perkembangan hubungan China-Malaysia kekal sihat sejak dijalinkan secara rasmi pada 50 tahun yang lalu. Kedua-dua negara konsisten dalam memupuk rasa saling percaya dalam bidang strategi, merancakkan pertukaran dalam bidang sosiobudaya, dan memacu pembinaan bersama yang berkualiti dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan yang dilaporkan sudah membuahkan hasil yang melimpah.
Li menegaskan, kata sepakat penting yang dicapai Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim untuk bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib China-Malaysia pada tahun lepas, merupakan satu lembaran baharu dalam perkembangan hubungan China-Malaysia.
“China bersedia bekerjasama dengan Malaysia, menjadikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dua hala sebagai satu titik permulaan yang baharu untuk meningkatkan lagi penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan di negara masing-masing, memperincikan kerjasama yang saling menguntungkan, saling mengenali hati dan budi melalui pertukaran tamadun, dan terus mendorong kemajuan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia yang dipercayai boleh memberi sumbangan yang lebih besar kepada keamanan, kestabilan, pembangunan, dan kemakmuran di rantau ini malah seluruh dunia,” kata Li.
- China Puji Pendirian Positif PM Malaysia untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala
- Tren Buatan China Siap, Sedia untuk Operasi di Malaysia
- China Mahu Eratkan Hubungan dengan Malaysia, Australia dan New Zealand
- Hubungan Malaysia-China Semakin Akrab dan Rancak - Presiden MCA
- Malaysia Terima Set Pertama ETS3
- TVET di China Perlu Dijadikan Contoh – TPM
- ‘Utusan Khas’ China ke Malaysia Kini 10 Tahun
- PM Li Bertemu dengan TPM I Malaysia
- TPM Malaysia Lawat China Bermula Hari Ini
- China, Malaysia Komited Eratkan Hubungan Tingkatkan Kerjasama