99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Galakkan Perlindungan Ekologi dan Pembangunan Berkualiti di Dataran Tinggi Qinghai-Xizang

(CRI)Khamis 20 Jun 2024

Presiden China, Xi Jinping ketika membuat tinjauan di provinsi Qinghai baru-baru ini menegaskan bahawa perlu menggalakkan secara berterusan perlindungan ekologi dan pembangunan berkualiti di dataran tinggi Qinghai-Xizang yang merupakan satu komponen dalam modeniasi ala China.

Selepas mendengar laporan kerja yang dibuat pihak berkuasa Qinghai pada sebelah pagi Rabu, Xi menyatakan bahawa Qinghai memikul tanggungjawab penting dalam memelihara keselamatan ekologi, dan menunjukkan semangat gigih dalam memupuk sistem industri moden yang bercirikan tempatan dengan memanfaatkan kelebihan milik sendiri. Qinghai diharap mempercepat langkah dalam membina pangkalan industri tasik garam yang bertaraf dunia, pangkalan utama bagi industri sumber tenaga bersih di peringkat kebangsaan, destinasi ekopelancongan yang bertaraf dunia dan lubuk produk ternakan dan pertanian organik yang bersifat mesra alam.

Xi menekankan bahawa perlunya mengutamakan perlindungan ekologi dalam pembangunan hijau, memartabatkan penguatkuasaan Undang-undang Perlindungan Ekologi Dataran Tinggi Qinghai-Xizang supaya dataran tinggi itu boleh menjadi teladan dalam pembangunan tamadun ekologi.

Untuk rekod, pada 18 dan 19 Jun lalu, Xi telah membuat tinjauan di bandar Xining provinsi Qinghai dengan mengunjungi sekolah dan premis agama.

Video

Berita Berkaitan