99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pengeluaran Minyak Mentah Cecah 100 Juta Tan di Ladang Terbesar China di Laut

(CRI)Isnin 24 Jun 2024

Menurut maklumat didedahkan Syarikat Minyak Luar Pesisir Kebangsaan China (CNOOC), pengeluaran minyak mentah sudah mencecah 100 juta tan di Ladang Minyak 36-1 Suizhong, ladang minyak kendalian China yang terbesar di laut, sekali gus menjadikannya yang pertama melepasi paras 100 juta tan di perairan China.

Ladang Minyak 36-1 Suizhong yang terletak di bahagian utara Teluk Laut Bohai itu mula beroperasi pada 1993, dan pernah merekodkan penghasilan tahunan 5 juta tan lebih pada musim puncak.

Kini, Ladang Minyak 36-1 Suizhong sebagai lubuk utama di Medan Minyak Laut Bohai, iaitu yang terbesar di perairan China, sudah dikesan mempunyai 300 juta tan simpanan “petroleum-di-tempat”, dilengkapi 24 pelantar dan 545 telaga, dan pengeluaran hariannya mencecah lebih 8,900 tan minyak mentah.

Video

Berita Berkaitan