- Lain-lain
Kempen Promosi Budaya Terusan Besar Dilancarkan
Genap 10 tahun selepas tersenarainya Terusan Besar China sebagai Warisan Dunia, satu kempen promosi atas talian dilancarkan di Yangzhou, provinsi Jiangsu pada 22 Jun, ditaja bersama oleh Pentadbiran Ruang Siber Negara (CAC), Pentadbiran Warisan Budaya Negara, People’s Daily dan suruhanjaya hal ehwal siber provinsi Jiangsu.
Pengarah CAC, Zhuang Rongwen menjelaskan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 kelulusan permohonan penyenaraian Terusan Besar sebagai Warisan Dunia. Teknologi-teknologi baharu termasuk Internet hendaklah digunakan dengan bersungguh-sungguh bagi menggalakkan pewarisan dan perkembangan budaya Terusan Besar.
Gabenor Jiangsu, Xu Kunlin pula berkata, sebagai kawasan teras dalam pembangunan Taman Budaya Negara Terusan Besar, adalah menjadi tanggungjawab Jiangsu untuk melindungi ekologi terusan itu. Jiangsu akan terus mempergiat pembangunan Taman Budaya Negara Terusan Besar.
Ketua Editor People’s Daily, Yu Shaoliang menyatakan bahawa majlis pelancaran kempen promosi atas talian berkenaan diadakan di Yangzhou yang terkemuka kerana peranan utama yang dimainkan dalam permohonan penyenaraian Warisan Dunia. Beliau beranggapan, penganjuran aktiviti ini tepat pada masanya. Kempen tersebut akan membolehkan budaya tradisional China yang cemerlang lebih bersemarak di hati rakyat, terutamanya golongan muda.
Menurut Li Qun, Naib Menteri Budaya dan Pelancongan, sejak tersenarainya Terusan Besar sebagai Warisan Dunia sedekad lalu, China komited memperkasakan perlindungan dan pewarisan relik dan khazanah budaya yang bersangkut paut. Pada pandangannya, di titik permulaan baharu yang bersejarah ini, amat perlunya usaha untuk memperkukuh interaksi dan saling belajar, di samping melicinkan pertukaran antara budaya Terusan Besar dengan negara-negara lain di dunia.
Niu Yibing, timbalan pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Ruang Siber Pusat yang juga naib menteri CAC, dan Xu Ying, anggota Jawatankuasa Tetap merangkap Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa PKC Provinsi Jiangsu, masing-masing mempengerusikan majlis pelancaran kempen.
Sempena ulang tahun ke-10 ini, acara turut mengumumkan pencapaian-pencapaian arkeologi penting bahagian Terusan Besar yang terletak di Jiangsu.
Lebih 300 orang dari CAC, Pentadbiran Warisan Budaya Negara, jabatan-jabatan berkenaan provinsi Jiangsu dan bandar Yangzhou, People's Daily, serta wartawan turut hadir.
- Kemeriahan Pesta Lumba Perahu Qintong 2024
- Danyang: Ibu Kota Cermin Mata China, Pengeluar Separuh Output Dunia
- Suzhou, Corak Arah Pembangunan Bandar Masa Depan
- Teratai Separuh Merah Separuh Kuning Ditemui di Nanjing
- Ribuan Orang Kongsi "Jamuan Udang Galah"
- Pekan Jiangxiang: "Sampel Jiangsu" bagi Pembangunan Desa
- Kota Lama Wajah Baharu, Zon Eksperimen di Pusat Bandar
- Foto Pemenang Anugerah Abadikan Taman Suzhou
- Bunga Ceri di Wuxi Tarik Ramai Pengunjung