99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pembinaan Jambatan Shenzhen-Zhongshan Titik Berat Perlindungan Habitat Lumba-lumba

“Lihat, lumba-lumba putih China!”

Itulah ungkapan para petugas di tapak pembinaan pulau buatan barat jambatan Shenzhen-Zhongshan di provinsi Guangdong, selatan China selatan dalam nada penuh keterujaan apabila melihat sekumpulan ikan lumba-lumba putih China di perairan Lingdingyang Muara Sungai Mutiara.

Gerakan ikan lumba-lumba yang menyelam masuk dan keluar air di situ sekali gus satu mencipta pemandangan yang menawan dengan berlatarbelakangkan jambatan Shenzhen-Zhongshan.

Ikan lumba-lumba China dilihat di kawasan pembinaan jambatan Shenzhen-Zhongshan di Provinsi Guandong, selatan China. (Foto/Lin Wenqi)

Ikan lumba-lumba China dilihat di kawasan pembinaan jambatan Shenzhen-Zhongshan di Provinsi Guandong, selatan China. (Foto/Lin Wenqi)

Untuk rekod, reka bentuk jambatan Shenzhen-Zhongshan menggabungkan elemen perlindungan ekologi sejak ia mula dibina, serta menyepadukan ia ke dalam pembinaan, perkapalan dan pemantauan alam sekitar.

“Menerusi inovasi pengurusan, proses dan teknologi, projek tersebut berobjektif untuk melindungi lumba-lumba putih China yang dikategorikan di bawak perlindungan kelas pertama di China, secara dengan lebih baik”, ujar Xu Guoping, ketua pereka bentuk jambatan Shenzhen-Zhongshan dari Perunding Lebuh Raya Syarikat Pembinaan Komunikasi China (CCCC).

Rizab Alam Semula Jadi Negara Lumba-lumba Putih Muara Sungai Mutiara yang meliputi kawasan seluas 460 kilometer persegi, adalah rumah kepada sejumlah besar lumba-lumba putih China.

Jambatan Shenzhen-Zhongshan merupakan projek kluster rentas laut yang meliputi jambatan, pulau buatan, terowong dan penyambung tenggelam. Projek kejuruteraan mega tersebut turut mengharungi cabaran besar terhadap usaha pemuliharaan lumba-lumba putih China.

Dari sudut udara, pulau buatan bahagian barat jambatan Shenzhen-Zhongshan kelihatan seperti burung yang sedang terbang.

“Membina sebuah pulau seluas 137,000 meter persegi yang bersamaan dengan 19 padang bola sepak bersaiz standard akan mengganggu habitat ikan lumba-lumba putih China sekiranya kaedah pembinaan tradisional digunakan," kata Liu Haobin, timbalan pengurus besar projek jambatan Shenzhen-Zhongshan dari Syarikat Kejuruteraan Pelabuhan Pertama CCCC.

Difahamkan, pasukan pembinaan turut membangunkan satu peranti secara sendiri, yang mampu membantu memacu 57 silinder keluli gergasi ke dalam lapisan batu dasar laut dalam masa empat bulan setengah sahaja.

Pada masa sama, pencapaian yang mencatatkan rekod dunia baharu untuk pembinaan pulau pesat itu turut membantu meminimumkan kesan terhadap persekitaran marin dan lumba-lumba putih China.

Sementara itu, projek utamanya iaitu terowong terendam bawah air sepanjang 5,035 meter telah merangkumi penyambungan 32 bahagian tiub terendam dan sambungan akhir. Usaha mengalihkan tiub terendam dari kilang ke kawasan pemasangan memerlukan navigasi laluan laut sepanjang 50 kilometer dengan tujuh perubahan saluran.

Timbalan pengurus besar projek itu dari Syarikat Kejuruteraan Pelabuhan Pertama CCCC, Ning Jinjin berkata bahawa kilang yang menghasilkan tiub terendam untuk pembinaan terowong itu telah dinaik taraf dan digunakan semula dari kilang lain, yang pada asalnya telah digunakan untuk pembinaan Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao.

Foto memperlihatkan Jambatan Shenzhen-Zhongshan Bridge. (Foto/Shen Zhong)

Foto memperlihatkan Jambatan Shenzhen-Zhongshan Bridge. (Foto/Shen Zhong)

Keputusan tersebut telah membolehkan projek itu mengurangkan aktiviti pembinaan luar pesisir secara besar-besaran, selain mengurangkan kesan terhadap Muara Sungai Mutiara Rizab Alam Semula Jadi Negara Lumba-lumba Putih China.

Berikutan cabaran yang dihadapi bagi mengalihkan tiub terendam, pasukan pembinaan telah mencadangkan solusi kreatif, iaitu dengan membina kapal untuk kedua-dua tiub pengangkutan dan pemasangan.

“Kapal ini boleh mengurangkan pengorekan lebih 10 juta meter padu, dan pelepasan sekitar satu juta meter padu, serta melindungi persekitaran marin iaitu habitat kepada ikan lumba-lumba dengan berkesan," kata Ning.

Untuk terus melindungi lumba-lumba, pasukan pembinaan turut membangunkan system anti-pencemaran yang dipatenkan untuk bekas pembancuh simen, yang sekali gus mewujudkan dua halangan pencemaran, iaitu menghalang kumbahan yang terhasil daripada memasuki laut dan mencemarkan habitat ikan lumba-lumba.

Selain itu, pihak tersebut turut membangunkan panduan perlindungan lumba-lumba putih China. Ia berperanan untuk menyenaraikan tanggungjawab langsung bagi perlindungan ikan lumba-lumba kepada kapten setiap kapal pembinaan dan melantik pemerhati ikan lumba-lumba yang berdedikasi untuk memantau aktiviti mereka siang dan malam.

Untuk meminimumkan kesan terhadap persekitaran marin, pasukan pembinaan juga telah melaksanakan amalan hijau untuk mengendalikan sisa domestik dan pengeluaran.

Projek ini telah melaksanakan langkah-langkah untuk meminimumkan penjanaan habuk semasa pengangkutan pasir dan kerikil. Ini melibatkan penggunaan pakaian pelindung untuk kenderaan, memastikan trak tangki dibersihkan serta cecair di bahagian atasnya diserap oleh pad penyerap apabila masuk dan keluar dari stesen pembancuh.

Menurut Liao Wenlong, wakil dari Syarikat Kejuruteraan Pelabuhan Kedua CCCC, pengumpul habuk turut dipasang di atas tangki simpanan untuk bahan serbuk

Video

Berita Berkaitan