99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Presiden Xi Ucap Tahniah kepada Pembukaan Laluan Shenzhen-Zhongshan

(CRI)Ahad 30 Jun 2024

Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada pembukaan laluan Shenzhen-Zhongshan pada hari ini, dan menyampaikan tahniah dan mogaan baik kepada semua kakitangan yang terlibat dalam usaha menjayakan projek tersebut.

"Laluan Shenzhen-Zhongshan merupakan satu lagi projek pengangkutan yang amat besar selepas Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Makau di kawasan Teluk Besar.

"Pembinaan projek ini telah mengatasi pelbagai kesukaran rumit dan membaharui banyak rekod di peringkat dunia," kata Xi.

Beliau menegaskan, usaha harus dilakukan untuk mengendalikan dan menggunakan laluan tersebut dengan baik, memastikan pengoperasiannya yang selamat, lancar, selesa dan pintar, agar menyediakan jaminan perkhidmatan baik kepada pembinaan Teluk Besar sebagai kawasan pembangunan strategik dan demonstrasi pembangunan bermutu tinggi, serta menyumbang kepada pembangunan modenisasi ala China.

Video