99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Draf Resolusi China tentang Peningkatan Kerjasama Antarabangsa dalam Pembinaan Kapasiti AI Lulus dalam UNGA

(CRI)Selasa 02 Julai 2024

Sesi ke-78 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dengan sebulat suara meluluskan satu draf resolusi yang dicadangkan oleh China dan ditandatangani bersama oleh lebih 140 negara mengenai peningkatan kerjasama antarabangsa dalam pembinaan kapasiti kecerdasan buatan (AI) di sini pada Isnin waktu tempatan.

Resolusi itu menekankan bahawa pembangunan AI dikehendaki berpaksikan umat manusia demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat, kerjasama antarabangsa dan tindakan praktikal adalah digalakkan dalam membantu pelbagai negara terutamanya negara-negara membangun memperkasakan pembinaan kapasiti AI malah menjadi semakin relevan dan bersuara semakin lantang dalam tadbir urus AI global.

Selain itu, persekitaran perniagaan yang terbuka, adil dan tanpa diskriminasi adalah digalakkan, sedangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disokong menerajui kerjasama antarabangsa untuk mencapai pembangunan yang inklusif, sama untung dan mampan dalam bidang AI, sekali gus menyumbang kepada pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan PBB 2030.

Wakil Tetap China ke PBB, Fu Cong semasa memperkenalkan draf resolusi pada sesi pleno UNGA sebelum ini pernah menyatakan bahawa China berharap mengambil kesempatan ini bersinergi dengan anggota PBB lain mempergiatkan pelaksanaan resolusi terbabit pada masa akan datang, bertindak pantas membantu negara-negara membangun meningkatkan pembinaan kapasiti AI yang dilihat boleh menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Pelbagai negara anggota PBB terutamanya negara-negara membangun sangat mengalu-alukan resolusi yang baru diluluskan itu dan amat menghargai peranan China sebagai peneraju dalam menggalakkan kerjasama AI dan tadbir urus global serta mempercepatkan pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Para peserta bersepakat menganggap bahawa resolusi yang memfokuskan pembinaan kapasiti AI dan mengandungi siri langkah yang praktikal itu, adalah signifikan bagi mengurangkan jurang perbezaan dalam bidang pendigitalan di persada dunia dan mendorong pelbagai negara berkongsi hasil pembangunan AI.

Video

Berita Berkaitan