99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Memandang ke Hadapan Persahabatan Lama China-Kazakhstan

"China dan Kazakhstan adalah jiran yang baik, kawan baik dan rakan kongsi yang baik dengan sejarah panjang pertukaran antara kedua-dua rakyat dan saling belajar antara tamadun yang berbeza di sepanjang Laluan Sutera purba," ujar Presiden China, Xi Jinping dalam ucapan tahniah sempena majlis perasmian ‘Tahun Pelancongan Kazakhstan’ di China, pada 29 Mac.

Lukisan dipamerkan di pameran seni bertajuk ‘Kazakhstan-China: Sebuah Dialog Merentas Alaf’ di Istana Presiden Ak Orda di Astana, Kazakhstan. (Foto: Berita Televisyen Pusat China)

Lukisan dipamerkan di pameran seni bertajuk ‘Kazakhstan-China: Sebuah Dialog Merentas Alaf’ di Istana Presiden Ak Orda di Astana, Kazakhstan. (Foto: Berita Televisyen Pusat China)

Kedua-dua negara diikat dengan sempadan bersama sejauh 1,700-plus-kilometer, pertukaran berusia lebih daripada 2,000 tahun, serta kewujudan Laluan Sutera purba.

Semasa membuat lawatan ke atas Kazakhstan pada September 2022, Xi dijemput Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev untuk melawat pameran seni bertajuk ‘Kazakhstan-China: Sebuah Dialog Merentas Alaf’ sejurus tamat majlis alu-aluan.

Di situ, karya agung Cina dan Kazakh dari Muzium Seni Negara Republik Kazakhstan telah dipamerkan.

Lukisan dan porselin Cina yang indah, serta sutera dan seramik Kazakh jelas membuktikan tentang pembelajaran bersama antara tamadun China dan Kazakhstan yang hebat sepanjang alaf. Karya tersebut juga menjadi saksi sejarah tentang pertukaran mesra antara generasi orang China dan Kazakh.

Meskipun loceng unta di sepanjang Jalan Sutera kini menjadi sebahagian daripada sejarah, namun pertukaran persahabatan antara kedua-dua negara tidak pernah berhenti.

Kazakhstan, iaitu perhentian utama di sepanjang Jalan Sutera purba, merupakan tempat Xi melancarkan ‘Jalur Ekonomi Laluan Sutera’ kepada dunia.

Pada September 2013, Xi menyampaikan ucapan bertajuk ‘Mempromosi Persahabatan Mesra dan Membina Masa Depan Lebih Baik’, selain turut mencadangkan idea untuk bersama-sama membina Jalur Ekonomi Laluan Sutera di Astana, Kazakhstan.

Aray Saniyazova, ketua Perkhidmatan Pelajar dan Sarjana Antarabangsa dari Universiti Nazarbayev telah menghadiri ucapan Xi pada 2013. Menurutnya, penonton di situ telah terinspirasi dengan cadangan Xi untuk membina Jalur Ekonomi Jalan Sutera, serta percaya bahawa Kazakhstan akan menerima lebih banyak peluang pembangunan dengan cadangan itu.

Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbincangan dengan Presiden Kassym-Jomart Tokayev dari Kazakhstan, yang berada di China sempena Sidang Kemuncak China-Asia Tengah dan lawatan rasmi, di Xi'an, Provinsi Shaanxi, barat laut China, 17 Mei 2023. Selepas perbincangan, kedua-dua ketua negara menandatangani kenyataan bersama dan menyaksikan pemeteraian dokumen dua hala mengenai kerjasama dalam bidang termasuk ekonomi, perdagangan, tenaga, pengangkutan, pertanian, perhubungan, kebudayaan dan hal ehwal tempatan. (Foto Xinhua)

Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbincangan dengan Presiden Kassym-Jomart Tokayev dari Kazakhstan, yang berada di China sempena Sidang Kemuncak China-Asia Tengah dan lawatan rasmi, di Xi'an, Provinsi Shaanxi, barat laut China, 17 Mei 2023. Selepas perbincangan, kedua-dua ketua negara menandatangani kenyataan bersama dan menyaksikan pemeteraian dokumen dua hala mengenai kerjasama dalam bidang termasuk ekonomi, perdagangan, tenaga, pengangkutan, pertanian, perhubungan, kebudayaan dan hal ehwal tempatan. (Foto Xinhua)

Dalam tempoh sedekad yang lalu, China dan Kazakhstan telah mencapai hasil yang memberangsangkan dalam pelbagai bidang kerjasama yang tertumpu pada Inisiatif Jalur dan Laluan, yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, selain menghidupkan semula persahabatan Laluan Sutera yang berusia ribuan tahun antara China dan Kazakhstan.

Pepatah Kazakh ada berbunyi bahawa, "Persahabatan adalah harta yang tidak pernah habis."

Di bahagian selatan Almaty, bandar terbesar di Kazakhstan, terdapat sebuah jalan yang dinamakan Lebuh Perdana Xian Xinghai, iaitu sempena nama pemuzik terkenal China, Xian Xinghai.

Pada 1942, Xian terkandas di Almaty. Apabila perang meletus antara Nazi Jerman dan bekas Kesatuan Soviet pada tahun 1941, pembikin muzik itu sedang membuat dokumentari untuk Parti Komunis China di bawah nama samaran, Huang Xun di Moscow.

Dia kemudiannya terpaksa untuk membatalkan misinya dan berpindah, serta ditinggalkan bersendirian di bandar Almaty Kazakhstan dan tidak dapat pulang ke rumah. Ketika berseorangan, serta berada dalam kesakitan dan kesempitan, pemuzik Kazakhstan, Bakhitzhan Baikadamov telah memberi tumpang penginapan, dan menyediakan makanan.

Sepanjang berada di Almaty, Xian mengarang karya muzik terkenal seperti ‘Simfoni Pembebasan Kebangsaan,’ ‘Perang Suci,’ dan ‘Man Jiang Hong.’ Dia juga mencipta puisi simfoni ‘Amangeldy,’ yang diilhamkan oleh wira negara Kazakh, Amangeldy, yang mendorong orang ramai untuk menentang fasisme dan disambut secara meluas oleh orang Kazakh.

Pada 2019, China dan Kazakhstan menerbitkan bersama filem "The Composer," yang mendokumentasikan persahabatan yang hebat antara orang China dan Kazakhstan seperti yang dipaparkan menerusi persahabatan Xian dengan Baikadamov. Filem ini memenangi banyak anugerah selepas tayangannya.

Foto menunjukkan monumen memperingati pembikin muzik China, Xian Xinghai di Lebuh Perdana Xian Xinghai di Almaty, Kazakhstan. (Foto Xinhua)

Foto menunjukkan monumen memperingati pembikin muzik China, Xian Xinghai di Lebuh Perdana Xian Xinghai di Almaty, Kazakhstan. (Foto Xinhua)

"Keluarga kami membantu Xian Xinghai walaupun menghadapi masalah kewangan dan risiko yang terlibat kerana rakyat China dan Kazakhstan mempunyai tradisi tolong-menolong yang telah wujud sejak sekian lama dalam masa kesusahan," ujar Baldyrgan Baikadamova, anak perempuan Baikadamov, ketika mengimbas masa lalu.

"Memori sejarah persahabatan antara China dan Kazakhstan telah lama terpahat dalam diri kita kita, diturunkan dari generasi ke generasi," katanya lagi

Persahabatan antara rakyat diibaratkan sebagai kunci kepada hubungan antara kedua-dua negara.

Xi berkata bahawa pertukaran budaya dan kerjasama pelancongan berfungsi sebagai jambatan dan ikatan penting untuk ketersambungan rakyat ke rakyat antara China dan Kazakhstan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China dan Kazakhstan berjaya memperoleh pencapaian baharu dalam mempromosikan kerjasama pelancongan.

Pada November 2017, China secara rasmi menubuhkan pejabat pelancongan di Astana, yang pertama seumpamanya ditubuhkan oleh China di sebuah negara Asia Tengah. Ia telah memainkan peranan aktif dalam mempromosikan pertukaran budaya dan pelancongan antara China dan Kazakhstan.

Pada November 2023, perjanjian pengecualian visa bersama antara China dan Kazakhstan secara rasmi berkuat kuasa, menjadikannya lebih mudah bagi pelancong dari kedua-dua negara untuk melawat satu sama lain.

Pada tahun 2024, iaitu "Tahun Pelancongan Kazakhstan" di China, lebih daripada 35 aktiviti telah dijadual untuk diadakan.

Kedua-dua negara turut memperluaskan kerjasama kebudayaan dalam pelbagai cara, seperti menandatangani perjanjian pembukaan pusat kebudayaan di negara masing-masing.

Tahun lepas, Bengkel Luban Kazakhstan, sebuah sekolah latihan vokasional yang dibina bersama oleh Institut Vokasional Tianjin China dan Universiti Teknikal Kazakhstan Timur D. Serikbayev di Kazakhstan telah memulakan operasi percubaan di Oskemen, Kazakhstan, sekali gus menyaksikan belia kedua-dua negara turut meningkatkan pertukaran masing-masing.

Kerjasama budaya antara China dan Kazakhstan telah semakin mendalam dan diperkukuh, sekali gus mengukuhkan persahabatan yang berusia ribuan tahun antara kedua-dua negara.

pembaikan automotif Bengkel Luban di Oskemen, Kazakhstan. Bengkel ini dibina bersama oleh Institut Vokasional Tianjin dan Universiti Teknikal Kazakhstan Timur D. Serikbayev dan memulakan operasi percubaan pada 9 Disember 2023. (Foto: Zhao Yipu/People’s Daily)

pembaikan automotif Bengkel Luban di Oskemen, Kazakhstan. Bengkel ini dibina bersama oleh Institut Vokasional Tianjin dan Universiti Teknikal Kazakhstan Timur D. Serikbayev dan memulakan operasi percubaan pada 9 Disember 2023. (Foto: Zhao Yipu/People’s Daily)

Melihat masa depan, Xi telah menyeru kedua-dua pihak untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan, meningkatkan perjalanan rentas sempadan, meneruskan persahabatan mereka untuk merangkul ‘30 tahun keemasan’ akan datang dalam hubungan dua hala dan membuat sumbangan baharu untuk membina komuniti China-Kazakhstan menerusi masa depan yang dikongsi bersama.

Video

Berita Berkaitan