99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Masyarakat Antarabangsa Teruja dengan Muatannya dalam Prob Chang'e-6

(CRI)Khamis 04 Julai 2024
Masyarakat Antarabangsa Teruja dengan Muatannya dalam Prob Chang'e-6

Prob penyelidikan Chang'e-6 telah mendarat dengan ketepatan tinggi di lokasi yang dijadualkan di kaunti Siziwang wilayah autonomi Mongolia Dalam di utara China baru-baru ini, menandakan berakhirnya misi prob Chang'e-6 dalam membuat tinjauan terhadap Bulan, yang menyaksikan pengambilan sampel dilakukan di sebelah jauh Bulan dan sampel itu dihantar balik ke Bumi buat kali pertama dalam sejarah umat manusia.

Muatan prob Chang'e-6 untuk tujuan penyelidikan sains dilaporkan mempunyai kaitan dengan sebahagian negara dan pertubuhan antarabangsa termasuk Jabatan Angkasa Lepas Eropah (ESA), Perancis, Itali dan Pakistan.

Profesor Qamarul Islam dari Akademi Teknologi Angkasa Lepas Pakistan berkata, ini merupakan pertama kali Pakistan mengambil bahagian dalam misi meninjau Bulan, yang dilihat sebagai pencapaian terkini dalam kerjasama Pakistan dengan China dalam bidang angkasa lepas.

Ketua felo penyelidik ESA, Martin Wieser pula berkata, masyarakat antarabangsa teruja dengan inisiatif China tentang kerjasama antarabangsa dalam misi Chang'e-6, dan kerjasama terbabit jelaslah berjalan lancar.

Konsul Kedutaan Besar Perancis di China bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas yang juga wakil Pusat Pengajian Angkasa Lepas Perancis di China, Mathieu Grialou berkata, China sedang berkembang menjadi penggiat penting dalam penerokaan angkasa lepas dan sudah banyak menimba pengalaman dalam membuat tinjauan terhadap Bulan. Pihaknya berbesar hati melihat China sudi membuka pintu kepada rakan kerjasama antarabangsa dalam pelaksanaan misi Chang'e-6.

Besen Aitken di Kutub Selatan di sebelah jauh (bahagian belakang) Bulan dianggap sebagai yang paling besar, paling kuno dan paling dalam di planet itu.

Video

Berita Berkaitan