99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Dakwaan EU tentang Kes Siasatan Anti-subsidi terhadap BEV China Salah

(CRI)Selasa 09 Julai 2024

Menurut laporan berkenaan baru-baru ini, Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke China, Jorge Toledo mendakwa EU pernah cuba melakukan perhubungan dengan China mengenai kes siasatan anti-subsidi EU terhadap import kenderaan elektrik bateri (BEV) dari negara itu pada beberapa bulan kebelakangan ini. Bagaimanapun, sampai masa terdekat ini, barulah China bersetuju untuk mengadakan perbincangan dan rundingan berkenaan.

Dakwaan yang tidak selaras dengan kebenaran tersebut turut mendapat bantahan dari Jurucakap Kementerian Perdagangan China (MOFCOM).

Menurut beliau, sejak EU memulakan siasatan anti-subsidi terhadap import BEV China pada Oktober 2023, China segera mengeluarkan bantahan tegas dan mendesak EU menangani pergeseran perdagangan kedua-dua pihak melalui rundingan dan dialog demi manfaat Perkongsian Strategik Komprehensif China-Eropah.

China berpendirian konsisten bahawa amalan perlindungan perdagangan tidak bermanfaat bagi pembangunan industri hijau dan kerjasama industri kenderaan dalam senario global, pelbagai negara perlu mengekalkan kerjasama dan dialog untuk mendorong transformasi ekonomi ke arah yang hijau, dan mengelakkan tingkah laku yang boleh menjadikan rantaian industri dan pembekalan global terjejas.

China membantah sebarang tindakan sepihak dan amalan perlindungan perdagangan yang diambil sebagai alat politik, dan sama sekali tidak berganjak dari melindungi hak dan kepentingan milik sendiri apabila menghadapi gerak-geri yang menyalahgunakan peraturan yang bersifat menindas.

Video

Berita Berkaitan