99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Forum Pembangunan Belia Rentas Selat Buka Tirai di Hangzhou

Lebih seribu wakil belia dan tetamu dari serata Selat Taiwan menyertai Forum Pembangunan Belia Rentas Selat untuk merapatkan hubungan dan mempromosi pembangunan berintegrasi di bandar Hangzhou, Provinsi Zhejiang, timur China pada Isnin.

Pegawai kanan hal ehwal Taiwan dari Tanah Besar, Song Tao ketika menyampaikan ucapan pembukaan forum edisi ketujuh itu telah berikrar untuk terus berusaha dalam membina suasana yang lebih baik dan lebih banyak peluang terhadap pertumbuhan dan kejayaan belia dari kedua-dua bahagian Selat.

Beliau yang mengetuai Pejabat Kerja Taiwan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Pejabat Hal Ehwal Taiwan Majlis Negara turut menggesa kepada belia agar tegas menentang campur tangan luar dan ‘kemerdekaan Taiwan’, iaitu hasutan puak pemisah, serta mempromosi pertukaran rentas Selat dan kerjasama dalam semua bidang.

Mantan pengerusi parti Kuomintang China, Hung Hsiu-chu dalam ucapannya pula berkata bahawa penyatuan semula negara merupakan aspirasi bersama bagi setiap warganegara China dan menyifatkan ia satu trend sejarah yang tidak dapat dihentikan.

Beliau turut menzahirkan harapan kepada belia dari seluruh Selat agar mempertingkat persabahatan dan kepercayaan antara satu sama lain menerusi pertukaran, sekali gus menyumbang kepada keamanan rentas Selat, penyatuan semula negara dan kebangkitan semula.

Difahamkan, selain aktiviti pertunjukan kebudayaan, acara pembukaan turut menampilkan ucaptama serta perbincangan yang melibatkan peserta dan wakil belia.

Forum yang berlangsung hingga Jumaat ini turut memberikan peluang kepada peserta untuk menimba kefahaman tentang budaya, ekonomi dan pembangunan sosial negara secara lebih baik menerusi penganjuran beberapa siri bengkel dengan tema yang berbeza termasuk warisan budaya tidak ketara, penstriman langsung e-dagang, dan inovasi sains teknologi.

Video

Berita Berkaitan