99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Keluarkan Kertas Putih Mengenai Perlindungan Persekitaran Ekologi Laut

(CRI)Khamis 11 Julai 2024

Pejabat Penerangan Dewan Negara China mengeluarkan "Kertas Putih Mengenai Perlindungan Persekitaran Ekologi Laut China" di Beijing, hari ini.

Kertas putih itu secara sistematik menghuraikan konsep, amalan dan pencapaian dalam perlindungan persekitaran ekologi laut di negara ini.

China antara negara yang paling awal mengajukan dan menetapkan garis merah bagi perlindungan ekologi, menambah baik sistem kawasan perlindungan laut, dan melaksanakan projek pemuliharaan ekologi laut utama.

Dengan usaha gigih tersebut, China berjaya mencapai kemajuan besar dalam kepelbagaian, kemantapan dan kelestarian ekosistem, dan menjadi salah satu daripada beberapa negara yang mewujudkan peningkatan kawasan hutan bakau.

Menurut kertas putih itu, China secara konsisten melengkapkan sistem undang-undang dan peraturan berkaitan, mempergiat amaran awal dan pemantauan ekologi laut, selain meningkatkan keupayaan pencegahan dan pengurangan bencana laut.

Bermula tahun 2012, menurut kertas putih tersebut, China telah mengemukakan lebih daripada 800 usul atau cadangan kepada organisasi antarabangsa, secara aktif mengambil bahagian dalam penyusunan peraturan antarabangsa mengenai perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan sumber semula jadi.

Sementara itu, China telah menandatangani perjanjian kerjasama Jalur dan Laluan (BRI) dengan lebih 50 buah negara dan organisasi antarabangsa, di samping memberikan bantuan dan latihan kepada negara luar, dan menyumbang kepada usaha menangani cabaran ekologi laut di peringkat global.

Video

Berita Berkaitan