99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

NATO Digesa Renung Masalah Diri dan Elak Jadi Pengacau

(CRI)Rabu 17 Julai 2024

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan beberapa negara tertentu digesa merenung masalah diri dan mengelakkan untuk menjadi pengacau.

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong berkata demikian ketika berucap pada sesi terbuka Majlis Keselamatan mengenai orde antarabangsa dan kerjasama pelbagai hala.

"Tatkala krisis Ukraine dan konflik Palestin-Israel masih berlarutan, isu keselamatan bersama menjadi tumpuan pelbagai pihak, manakala kebanyakan negara dan rakyat yang mencintai keamanan terus berusaha ke arah mewujudkan keamanan.

"Walau bagaimanapun, NATO sebagai blok ketenteraan serantau tinggalan Perang Dingin, asyik memperluas pengaruhnya dan menyebarkan khabar angin, malah mengambinghitamkan negara-negara dari luar rantau dalam isu Ukraine.

"Langkah NATO itu sama sekali bertentang dengan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan rundingan damai," kata Fu.

Beliau berkata, sejarah membuktikan bahawa di mana ada campur tangan NATO, di situlah berlakunya kekacauan dan huru hara.

Oleh itu, China menasihatkan NATO dan beberapa negara tertentu agar merenung masalah diri dan janganlah menjadi pengacau yang menguntungkan diri dengan mengorbankan kepentingan orang lain serta merosakkan keselamatan bersama.

Video

Berita Berkaitan