- Lain-lain
Entiti Baru Muncul di Asia Kekal Pemacu Ekonomi Global: IMF
Ekonomi China dijangka mencatatkan pertumbuhan sebanyak lima peratus pada tahun ini, menurut kemas kini laporan Tinjauan Ekonomi Dunia yang dikeluarkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi IMF Pierre-Olivier Gourinchas berkata entiti ekonomi baru muncul di Asia seperti China kekal merupakan pemacu utama kepada ekonomi global.
Laporan itu menunjukkan aktiviti ekonomi dan perdagangan dunia semakin kukuh sejak awal tahun ini. Lonjakan eksport di rantau Asia khususnya dalam bidang teknologi turut menyuntik momentum kepada pertumbuhan dagangan.
IMF mengekalkan jangkaan pertumbuhan ekonomi global pada kadar 3.2 peratus untuk tahun ini, di samping mengunjurkan volum perdagangan dunia pada 2024 dan 2025 masing-masing menokok 3.1 peratus dan 3.4 peratus.
Pada bulan Mei, Timbalan Pengarah Urusan Pertama IMF Gita Gopinath mengumumkan di Beijing bahawa pihaknya meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara Tembok Besar bagi tahun ini kepada lima peratus, iaitu 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding April.
- Jualan Runcit di China Naik 3.7 Peratus Separuh Pertama 2024
- KDNK China Berkembang 5 Peratus Separuh Pertama 2024
- China Tetap Enjin Terbesar bagi Pertumbuhan Ekonomi Dunia - Pegawai ADB
- KDNK China Tumbuh 5.3% pada Suku Pertama 2024
- KDNK China Naik 5.2 Peratus
- Ekonomi China Tingkat 5.2% pada 2023
- NBS: KDNK China 2023 Tumbuh 5.2%
- IMF Naikkan Unjuran terhadap Pertumbuhan Ekonomi China
- KDNK China Tumbuh 5.5 Peratus
- Nisbah Ekonomi Digital Dijangka Mencatat 54 Peratus dalam KDNK Menjelang 2026