99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

IMF Naik Unjuran Ekonomi 2024 China 5 Peratus

Foto panorama sudut udara bertarikh 10 Januari 2023 ini menunjukkan pemandangan kawasan Lujiazui di Zon Perdagangan Bebas Rintis (Shanghai) China. (Foto Xinhua/Fang Zhe)

Foto panorama sudut udara bertarikh 10 Januari 2023 ini menunjukkan pemandangan kawasan Lujiazui di Zon Perdagangan Bebas Rintis (Shanghai) China. (Foto Xinhua/Fang Zhe)

Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada Selasa membuat unjuran semula terhadap pertumbuhan ekonomi China bagi tahun 2024 dalam Prospek Ekonomi Dunia (WEO), dengan menjangkakan ia akan meningkat sehingga 5 peratus berbanding unjuran sebanyak 4.6 peratus pada April.

Menurut pengumuman yang dibuat, semakan terhadap unjuran tersebut adalah berdasarkan lantunan semula dalam penggunaan swast dan eksport yang kukuh dalam suku pertama 2024.

IMF turut mengekalkan unjurannya terhadap pertumbuhan global untuk 2024 pada kadar 3.2 peratus, sambil menyatakan bahawa ekonomi pasaran baru muncul Asia sebagai enjin utama dalam ekonomi global.

Memetik kemas kini oleh WEO, aktiviti global dan perdagangan dunia dilihat meningkat stabil pada awal tahun, dengan perdagangan didorong oleh eksport yang kukuh dari Asia khususnya dalam sektor teknologi.

Untuk rekod, volum perdagangan dunia dijangka menaik sebanyak 3.1 peratus pada 2024 dan 3.4 peratus pada 2025, dengan kedua-duanya lebih tinggi 0.1 mata peratusan berbanding unjuran dibuat pada April.

Foto ibu pejabat Tabung Kewangan Dunia (IMF) di Washington DC, Amerika Syarikat yang diambil pada 6 April 2021. (Foto Ting Shen/Xinhua)

Foto ibu pejabat Tabung Kewangan Dunia (IMF) di Washington DC, Amerika Syarikat yang diambil pada 6 April 2021. (Foto Ting Shen/Xinhua)

Ketua Ekonomi IMF, Pierre-Olivier Gourinchas dalam satu kenyataan menyifatkan pertumbuhan di China dan India telah diunjur semula dengan kenaikan, dan ia menyumbang kepada hampir separuh daripada pertumbuhan global.

Pada masa sama, beliau turut menyuarakan kebimbangannya terhadap negara seperti Amerika Syarikat berikutan tindakan mengekalkan pendirian fiskal yang mendorong nisbah hutang kepada KDNK lebih tinggi, dengan peningkatan risiko terhadap ekonomi domestik dan global.

Video

Berita Berkaitan