99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Industri Pembinaan Kapal China Meningkat Pada Separuh Pertama 2024

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 18 Julai 2024

Foto yang diambil menggunakan dron bertarikh 2 Februari 2024 ini memperlihatkan terminal karbon sifar pintar Pelabuhan Tianjin di utara China. (Xinhua/Zhao Zishuo)

Foto yang diambil menggunakan dron bertarikh 2 Februari 2024 ini memperlihatkan terminal karbon sifar pintar Pelabuhan Tianjin di utara China. (Xinhua/Zhao Zishuo)

Industri pembinaan kapal China menyaksikan pertumbuhan ketara pada separuh pertama tahun ini, sekali gus memperkukuh kedudukannya selaku pendahulu global.

Demikian menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China, pada Selasa.

Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, China telah menyiapkan projek pembinaan sebanyak 25.02 juta ton berat mati (DWT), iaitu peningkatan sebanyak 18.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pada masa sama, jumlah tempahan baharu turut meningkat kepada 54.22 juta DWT, sekali gus mencerminkan pertumbuhan cemerlang dari tahun ke tahun sebanyak 43.9 peratus.

Menjelang penghujung Jun, jumlah keseluruhan tempahan direkodkan sebanyak 171.55 juta DWT, menaik 38.6 peratus berbanding tahun terdahulu.

Data yang dikeluarkan MIIT itu turut menunjukkan kedudukan dominan China dalam pasaran pembinaan kapal global dengan kadar penyiapan pembinaan kapal, tempahan baharu dan tempahan keseluruhan mengikut DWT masing-masing direkodkan sebanyak 55 peratus, 74.7 peratus dan 58.9 peratus daripada jumlah global.

Untuk rekod, ketiga-tiga petunjuk pasaran tersebut pada 2023 berada pada kadar 50.2 peratus, 66.6 peratus dan 55 peratus.

Menurut Cao Bao, timbalan pengarah jabatan maklumat statistik Industri Pembinaan Kapal Kebangsaan (CANSI), meskipun dalam prospek ekonomi global yang tidak menentu serta kesan perlindungan perdagangan dan proses penyahglobalisasi terhadap industri pembinaan kapal, ekonomi China kekal anjal dan trend pemulihan dalam perdagangan maritim masih berterusan.

"Pada Jun tahun ini, selari dengan industri pembinaan kapal yang terus memulih, indeks harga kapal baharu juga meningkat kepada 187.23, iaitu peningkatan sebanyak 9.5 peratus dari tahun ke tahun, sekali gus mencapai taraf tertinggi sejak September 2008," tambahnya lagi.

Data statistik CANSI turut menyebut bahawa pendapatan perniagaaan utama bagi syarikat pembinaan kapal berskala China meningkat sebanyak 31.5 peratus dari tahun ke tahun pada suku pertama tahun ini.

Industri pembinaan kapal merupakan tonggak kritikal kepada pembangunan ekonomi global serta dianggap sebagai barometer terhadap makroekonomi China. Pada tahun ini, beberapa pelabuhan China telah memperlihatkan pertumbuhan truput yang berterusan.

Sebagai contoh, dari Januari hingga Jun, Pelabuhan Ningbo-Zhoushan yang merupakan pelabuhan paling sibuk dunia dari sudut truput kargo telah mengendalikan sejumlah 708 juta tan kargo, iaitu kenaikan sebanyak 4.2 peratus dari tahun ke tahun, serta 19.165 juta kontena unit bersamaan 20 kaki (TEU) yang menaik sebanyak 8.4 peratus.

Difahamkan, Pelabuhan Guangzhou dianggarkan untuk mengendalikan 12.206 juta TEU, yang mewakili pertumbuhan sebanyak 6.3 peratus.

Ketua perancang di Kementerian Pengangkutan China, Wu Chungeng menyatakan bahawa pada 2023, jumlah pengangkutan kargo laluan air China kekal tertinggi di dunia, dan terus meningkat pada separuh pertama tahun ini.

"Pengangkutan air mengendalikan sekitar 95 peratus kargo perdagangan luar China. Volum perkapalan antarabangsa China kini meliputi hampir satu pertiga jumlah global, secara tidak langsung memperlihatkan peranannya sebagai peneraju dalam perkapalan antarabangsa," ujar beliau dalam satu forum baru-baru ini.

Video

Berita Berkaitan