- Lain-lain
China, Filipina Capai Aturan Sementara Kendali Situasi Terumbu Ren'ai
Terumbu Ren'ai merupakan sebahagian daripada Kepulauan Nansha China. China mempunyai kedaulatan ke atas Kepulauan Nansha termasuk Terumbu Ren'ai serta perairan sekitarnya.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) menerusi kenyataan pada Isnin mengulangi tiga pendirian berprinsip yang dipegang dalam mengendalikan situasi semasa di Terumbu Ren'ai.
Pertama, tindakan Filipina menempatkan kapal perangnya secara haram di Terumbu Ren'ai mencabuli kedaulatan China dan melanggar Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) terutamanya Perkara 5 yang menetapkan tiada penghunian dilakukan di pulau dan terumbu yang tidak didiami manusia.
China menuntut Filipina mengalihkan kapal perang berkenaan dari Terumbu Ren'ai dan memulihkan terumbu itu kepada keadaan asal iaitu tanpa kehadiran manusia dan kemudahan.
Kedua, sebelum kapal perang itu dipindahkan, jika Filipina perlu menghantar bekalan hidup kepada kapal terbabit, China akan membenarkannya bersandarkan semangat kemanusiaan dengan syarat Filipina memaklumkan kepada China terlebih dahulu dan pemeriksaan tapak selesai dilakukan. China akan memantau seluruh proses penghantaran bekalan berkenaan.
Ketiga, jika Filipina menghantar sejumlah besar bahan binaan dengan niat membina kemudahan tetap atau pos tetap, China akan bertindak tegas menghalang perbuatan seumpama mengikut undang-undang dan peraturan untuk mempertahankan kedaulatan negara serta keseriusan DoC.
Berdasarkan tiga prinsip tersebut, China meneruskan rundingan dengan Filipina berhubung pengurusan situasi di Terumbu Ren'ai dan mencapai aturan sementara mengenai penghantaran bekalan kemanusiaan mutakhir ini.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk bersama-sama mengendalikan perselisihan dalam isu maritim ke arah meredakan situasi di Laut China Selatan.
- Filipina Didesak Tarik Balik Kapal Perang yang "Bersarang" di Ren'ai Jiao
- Filipina Digesa Hentikan Tindakan Provokatif
- Filipina Digesa Hentikan Provokasi
- Kenyataan Filipina Memutarbelitkan Fakta Sejarah
- CCG Kawal Perahu Filipina yang Ceroboh Perairan China
- Pengawal Pantai China Jalan Latihan Penyelamatan di Sekitar Pulau Huangyan
- Filipina Perlu Tepati Janji: MFA
- Penjelasan CCG tentang Gerak-geri Perkapalan Filipina di Perairan Terumbu Ren'ai
- China Pertahan Hak Kedaulatan ke atas Pulau Huangyan
- Spekulasi Filipina Berhubung Apa yang Disebut Kejadian Penggodam China Amat Tidak Bertanggungjawab