99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kontinjen China Disambut Mesra di Paris

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 25 Julai 2024

Pengarah Pentadbiran Am Sukan China, Gao Zhidan (pertama dari kanan), mengetuai  sepasukan pegawai Jawatankuasa Olimpik China yang mendarat di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris pada 22 Julai 2024. (Foto/ Xinhua)

Pengarah Pentadbiran Am Sukan China, Gao Zhidan (pertama dari kanan), mengetuai sepasukan pegawai Jawatankuasa Olimpik China yang mendarat di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris pada 22 Julai 2024. (Foto/ Xinhua)

Kontinjen Olimpik dari tanah besar China selamat tiba di Paris pada Isnin, sekali gus menyaksikan tibanya masa untuk para atlet mempamerkan kehebatan masing-masing pada temasya Sukan Olimpik 2024.

Diketuai oleh pengarah Pentadbiran Am Sukan China, Gao Zhidan, kontinjen China yang terdiri daripada pegawai Jawatankuasa Olimpik dan atlet telah mendarat di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, di ibu negara Perancis itu sekitar pukul 6 petang Isnin.

Ketibaan mereka turut menandakan bahawa majoriti delegasi kini telah berada di Paris, dengan hanya sebilangan kecil dijangka menyusul kemudian.

Difahamkan, kontinjen China akan diwakili oleh 405 atlet di Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Untuk rekod, atlet dari China terdiri daripada 136 atlet lelaki dan 269 atlet wanita, dam mereka akan bertanding dalam 236 acara merentasi 30 acara, secara tidak langsung melakar sejarah baharu dalam acara yang menampilkan kontinjen China dalam Sukan Olimpik luar negara.

Menurut jurulatih balapan China ketika diwawancara Global Times pada Selasa, para atlet dan pegawai pembantu untuk beberapa acara termasuk pingpong, badminton, renang dan bola tampar wanita telah tiba lebih awal bagi menjalani latihan penyesuaian susulan acara-acara tersebut dijadualkan untuk diadakan lebih awal.

Ketibaan kontinjen China di Paris turut disambut mesra oleh masyarakat China tempatan. Salah satu pasukan yang popular, iaitu pasukan pingpong China telah tiba di Paris pada 15 Julai lalu, dan berlatih di bahagian pinggir bandar Paris sebelum secara rasminya berpindah ke Perkampungan Olimpik.

Media tempatan turut melaporkan bahawa kediaman kontinjen China terletak di bangunan pencakar langit di kampung itu, dengan kesemua tingkap bangunan mempunyai dekorasi bendera China dan kain rentang yang tertulis “Go China!”

Menjelang ketibaan acara pembukaannya, Sukan Olimpik Paris turut menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet China yang masing-masing telah memaparkan keterujaan untuk membincangkan tentang persiapan atlet.

China secara konsisten berjaya menduduki tempat tiga teratas dalam pungutan pingat Olimpik sejak Sukan Olimpik Sydney 2000, dan trend ini dijangka berterusan di Paris. Pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, China menduduki tempat kedua di belakang Amerika Syarikat (AS). Bagi Olimpik Paris 2024, China dijangkakan untuk menduduki tempat kedua dalam kutipan pingat dan harus mencabar AS untuk tempat pertama dalam pingat emas.

Video

Berita Berkaitan