- Lain-lain
China Tetapkan Sasaran Hijau untuk Pusat Data
China memperkenalkan rancangan tindakan terhadap pembangunan hijau pusat-pusat data, dengan menetapkan satu set sasaran untuk mempercepatkan peralihan karbon rendah sektor itu.
Menjelang 2025, kecekapan penggunaan tenaga purata (PUE) bagi pusat-pusat data, iaitu satu metrik yang digunakan terhadap kecekapan tenaga, akan direndahkan kepada kurang daripada 1.5.
Demikian menurut rancangan yang dikeluarkan secara bersama oleh Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara dengan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, serta dua biro pusat.
Difahamkan, rancangan tersebut turut menyasarkan untuk meningkatkan kadar penggunaan tenaga boleh baharu di pusat data sebanyak 10 peratus secara tahunan.
Sebagai infrastruktur penting bagi pembangunan kuasa produktif kualiti baharu, pusat data merupakan antara sektor yang penggunaan tenaganya berkembang pesat di China dengan jangkaan penggunaannya akan meningkat 15 peratus setiap tahun.
Justeru, rancangan tindakan itu mencadangkan agar menjelang penghujung 2030, pusat-pusat data diseluruh negara akan melihat PUE purata masing-masing serta kecekapan karbon dan tenaga setiap unit bagi kuasa pengkomuputeran akan mencapai tahap maju antarabangsa, sementara kadar penggunaan tenaga boleh baharu ditambah baik.
Untuk mencapai kesemua matlamat tersebut, China akan menambah baik susun atur pusat data; mengetatkan keperluan kecekapan tenaga dan air untuk projek baharu; memudahkan penjimatan tenaga dan transformasi pengurangan karbon bagi projek sedia ada; serta menggalakkan penggunaan teknologi dan peralatan penjimatan tenaga.
- Minyak Sawit, Jambatan Hubungkan Rakyat China-Malaysia
- Mesyuarat GEIDCO Fokuskan Transformasi Hijau
- China Jadi Teladan Jayakan Transformasi Hijau - Kata Diplomat Asing
- Xi Ucap Tahniah kepada Forum Pembangunan Hijau SCO
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Prospek Cerah Kerjasama Tenaga Hijau China-Asia Tengah
- Loji Kuasa Maya China Mula Beralih ke Tenaga Hijau
- Xi Tanam Pokok di Beijing, Tekan Penghijauan Dipergiat di Seluruh Negara
- China Perkenal Peraturan Perdagangan Karbon Baharu
- Pasaran, Teknologi China Tawar Peluang kepada Perintis Keusahawanan