- Lain-lain
Li Qiang Terima Kunjungan Hormat Presiden Timor Timur
China akan terus menyokong Timor Timur melakukan pembangunan mengikut acuan sendiri, dan melindungi kedaulatan, keselamatan, hak dan kepentingan pembangunan milik negaranya.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang ketika menerima kunjungan hormat Presiden Timor Timur, Jose Ramos-Horta yang sedang dalam lawatan rasmi di Beijing semalam.
"Kedua-dua pihak perlu meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan, dan terus bertindak pantas dalam merapatkan kerjasama supaya dapat mencetuskan motivasi kepada pembinaan modenisasi di negara masing-masing. China bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan Timor Timur dalam bidang infrastruktur dan kesalinghubungan di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan(BRI) yang menekankan pembinaan bersama yang berkualiti, di samping menerokai kerjasama yang saling menguntungkan dalam bidang pertanian, perikanan, projek tali air, pembasmian kemiskinan, pelancongan, isu daerah dan sebagainya, dengan tujuannya membantu negara itu meningkatkan kemandirian dalam pembangunan secara berterusan," kata Li
"China bersedia mengimport lebih banyak produk yang berkualiti dari Timor Timur, menggalakkan lebih banyak syarikat China membuat pelaburan di Timor Timur, dan bersama dengan negara itu meningkatkan penyelarasan dalam sektor multiliteral serta kerjasama dan interaksi mengenai dasar iklim, di samping menyokongnya menganggotai ASEAN seawal mungkin supaya dapat bersama-sama memberi sumbangan positif bagi mendorong keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau," tambah beliau.
Jose Ramos-Horta pula berkata, pihak mengucapkan terima kasih kepada China, negara yang paling awal menjalinkan hubungan diplomatik dengan Timor Timur, atas sokongan kukuh kepada negaranya sejak sekian lama. Timor Timur konsisten dalam mengamalkan prinsip Satu China, dan menyokong BRI serta giat melibatkan diri dalam pelaksanaan visi yang hebat itu.
"Timor Timur mengalu-alukan pelaburan dari syarikat China dan berharap agar perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara dapat terus ditingkatkan,"kata Presiden Jose Ramos-Horta.
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Selami Keindahan Budaya Kyrgyzstan dalam 60 Saat