99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Indonesia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 29 Julai 2024

Indonesia, “negara ribuan pulau”, merupakan negara yang paling besar dan paling ramai penduduk di Asia Tenggara. Negara kepulauan ini juga pelopor dalam usaha sama membangunkan gagasan Jalan Sutera Maritim Abad ke-21. Baru-baru ini, kru penggambaran People’s Daily Online telah mengembara ke Indonesia untuk mencungkil kisah-kisah yang menyentuh perasaan mengenai tamadun-tamadun berbeza yang hidup dan makmur seiringan di sini.

Dalam agenda di sana, kami mengunjungi seniman jati Indonesia, dan bersama-sama menaiki kereta api laju Jakarta-Bandung sambil menyanyikan lagu-lagu bertemakan kemajuan bersama China dan Indonesia. Di akademi kaligrafi dan lukisan, kami merakamkan bagaimana pencinta kaligrafi tempatan mengabdikan diri kepada seni mereka dan memastikan pewarisannya. Di sebuah sekolah menengah vokasional di Jakarta, kami melihat suasana di kelas-kelas bahasa Cina yang diceriakan dengan pembelajaran, gelak tawa dan nyanyian lagu.

Ada peribahasa Indonesia yang berbunyi, “wang mudah dicari, sahabat sukar ditemui”. Jalan Sutera Maritim purba telah meninggalkan riwayat bersejarah tentang interaksi muhibah antara rakyat China dengan Indonesia. Pembangunan bersama Jalur dan Laluan akan menyuburkan lagi ikatan persahabatan ini, malah melebarkan layar bahtera ke arah masa depan yang menjanjikan prospek lebih luas.

Video

Berita Berkaitan